'Dah macam skor badminton', kelab Intan Serah mudah robek gawang pasukan Jepun 15 kali


  • Podium
  • Isnin, 22 Apr 2024

Intan Serah menyumbat lima gol untuk membantu MBSJ mendapatkan tiga mata penuh. — Instagram/IntanSerah

KEJOHANAN bola sepak wanita di Malaysia jarang mendapat perhatian oleh para penyokong kerana rata-rata penggemar sukan itu hanya berfokus pada saingan Liga Malaysia (Liga M) yang melibatkan beberapa pertandingan seperti Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Namun kali ini, pasukan bola sepak wanita iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) perhatian apabila berjaya membenam FC Japan Malaysia 15-0 pada perlawanan Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak FAS (FASWSL) 2024 pada Sabtu.

Perlawanan yang diadakan di Arena MBSJ, Subang Jaya, Selangor itu menyaksikan pasukan yang diwakili beberapa pemain kebangsaan seperti Intan Sarah Anisah Zulgafli, Steffi Sarge Kaur dan Nur Lyana Soberi itu tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan tiga mata penuh.

Menerusi hantaran Instagram, Intan Sarah atau lebih dikenali sebagai Intan Serah menyumbat lima gol dan Fatin Shahida Azmi turut mencetak jumlah sama untuk membantu MBSJ meraih kemenangan.

Steffi dan Andrea Lee Xin Yi masing-masing mencetak dua gol dan Lyana Soberi pula menjaringkan satu gol untuk melengkapkan kemenangan besar MBSJ ke atas pasukan FC Japan dalam perlawanan minggu kelima berkenaan.

BACA LAGI: Hadir aksi Kedah-Terengganu, Rizal Ghazali antara 3 bintang mungkin dipanggil semula Pan-gon

WhatsApp Image 2024-04-22 at 12.57.40

Poster kemenangan MBSJ ke atas FC Japan.

BACA LAGI: Bek import baharu Sabah diduga bakal jadi 'lubuk' JDT, sukar kekang asakan kelab Liga M

'Kenduri' besar pasukan Lembah Klang berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong bola sepak Malaysia namun pada masa sama ia semakin merisaukan tahap kompetitif saingan liga untuk kaum Hawa ini.

"Dah macam skor badminton tengok," kata penyokong, Mohazri yang memberi komen sarkastik apabila melihat MBSJ mudah menyumbat gol ke gawang FC Japan.

"Kalau nak menang pun agak-agaklah. Pasukan yang menang tak fikir ke kemenangan ini boleh burukan pasukan wanita," pendapat yang dilontarkan oleh penyokong domestik, Peminat Sukan Bola.

Walaupun begitu, kemenangan ini memberi bayangan bahawa pemain kebangsaan seperti Intan Serah, Steffi, Andrea dan Lyana masih mampu mewakili Malaysia meskipun ada dalam kalangan mereka sudah agak berusia.

Dalam pada itu, kemenangan berkenaan meletakkan MBSJ kekal menghuni kedudukan pertama Kumpulan A dengan mengutip 12 mata selepas tiga perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram