'Syafiq in, Arif Aiman out', Pan-gon pertaruh semangat Utara lawan Republik Kyrgyz, Chinese Taipei


  • Podium
  • Khamis, 23 Mei 2024

Syafiq Ahmad (kiri) dan Adib Ra’op (kanan) berjaya memikat hati Pan-gon.

PENYERANG Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Muhd Syafiq Ahmad kembali mendapat kepercayaan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon membarisi senarai 26 pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pemain-pemain akan kembali ke kem latihan pusat bermula Isnin bagi menghadapi perlawanan kelima dan keenam Kumpulan D, Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Skuad kebangsaan akan menentang Republik Kyrgyz di Bishkek dijadualkan berlangsung pada 6 Jun dan seterusnya berdepan Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun 2024.

BACA LAGI: TMJ ‘bersuara’ kes pecah rumah Khuzaimi Piee, ‘comment ni kena delete ke?’

BACA LAGI: 'Bukan YCL tak bagus', fans Seladang hanya idam Kim Pan-gon 2.0

Pan-gon telah mengekalkan sebanyak 16 daripada 24 pemain dari skuad sebelum ini yang beraksi menentang Oman pada 21 dan 26 Mac lalu.

Tonggak utama seperti Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Azam Azmi Murad dan Romel Morales terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan.

Manakala, pemain baharu yang tersenarai ialah Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman FC) dan Adib Ra’op (Penang FC), Feroz Baharudin (Johor Darul Ta’zim), Declan Lambert (Kuala Lumpur City FC) dan Engku Shakir Engku Yacob (Terengganu FC).

WhatsApp Image 2024-05-23 at 4.50.58 PM

Senarai 26 pemain Harimau Malaya yang dipanggil Pan-gon bagi menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei.

Pan-gon juga menyenaraikan 22 pemain dalam senarai bersedia sekiranya terdapat perubahan dalam senarai pemain yang dipanggil kali ini.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada 6 Jun di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek sebelum terbang pulang bagi perlawanan keenam bertemu Chinese Taipei di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram