KDN terlalu amatur buat TFC, fans desak rehatkan GK lepas 3 kekalahan berturut-turut


  • Podium
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Jaringan pertama skuad Sang Penyu diperolehi menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Ismaheel pada minit ke-36. — Terengganu FC

TERENGGANU FC meneruskan rentak kemenangan dengan memperolehi kemenangan selesa 3-0 dalam aksi Liga Super menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Terengganu pada Jumaat.

Keputusan Tomislav Steinbruckner menurunkan trio serangan diketuai Ismahel Akinadee, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid membuahkan hasil apabila gandingan itu dilihat berjaya mengkucar-kacirkan kubu lawan seawal minit pertama perlawanan.

Jaringan pertama skuad Sang Penyu diperolehi menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Ismaheel pada minit ke-34.

BACA LAGI: Simbah asid Faisal Halim: Polis siasat kaitan 3 lagi serangan

BACA LAGI: Sikh Izhan bersama 2 bintang Penang FC bakal kongsi DNA Akmal Rizal bersama Harimau Malaya

Skuad Sang Penyu sebelum itu dihadiahkan sepakan penalti selepas tindakan pemain pertahanan KDN FC, Afzal Akhbar menarik baju Safawi di dalam kotak penalti berjaya dikesan teknologi video bantuan pengadil (VAR).

Pemain tengah Terengganu FC kemudiannya melebarkan jaringan dengan menendang masuk bola muntah di hadapan pintu gol lawan pada minit ke 44 hasil daripada situasi kelam-kabut di kawasan pertahanan pelawat.

Memasuki separuh masa kedua, skuad Sang Penyu tidak menunggu lama untuk mencetak gol apabila pemain tengahnya, Manuel Ott menyudahkan peluang terhidang dengan melakukan rembatan half volley dari betul-betu di bahagian luar depan kotak penalti.

Di sebalik dominasi yang ditunjukkan pasukan tuan rumah, KDN FC tetap berupaya untuk menghadirkan ancaman ke kubu lawan.

Malah mereka juga berjaya beberapa kali menembusi barisan pertahanan Terengganu FC menerusi gerakan yang direncanakan dari bahagian tengah padang.

Bagaimanapun, kesilapan mudah oleh barisan pemain pertahanannya menyaksikan mereka dibolosi oleh pasukan lawan.

Keputusan tersebut turut menyaksikan KDN FC gagal memungut sebarang mata daripada tiga perlawanan pertama Liga Super.

Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata daripada penyokong KDN FC melahirkan kekecewaan mereka terhadap prestasi dipamerkan barisan pertahanan pasukan.

Antara yang menjadi sasaran adalah penjaga gol skuad Kijang Emas, Khatul Anuar Jalil.

"Keeper KDN FC ini lepas ni boleh dah rehatkan," tulis Tokbah Rakie Yunus.

"Macam mana keeper kita ni. Tumbuk tak lepas. Line up sedap dah. Main pun dah sedap molek. Kesilapan individu Afzal dan Khatul je ni," kata Ajim Azhim.

"Khatul masih tak dapat keyakinan lagi," ujar Genji. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram