PERTEMBUNGAN derbi Utara antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Perak FC sentiasa menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan dengan perseteruan yang sudah lama bermula.
Menjelang aksi ketiga Liga Super antara Sang Kenari dan Harimau Kumbang yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Jumaat, kedua-dua pasukan dilihat sedang dalam prestasi yang tidak menentu dan kemenangan akan menjadi tonik terbaik untuk mengembalikan keyakinan para penyokong.
Skuad kendalian Nafuzi Zain yang tewas tipis 0-1 kepada Selangor pada 18 Mei lalu pastinya mahu bangkit meraih kemenangan lebih-lebih lagi beraksi di gelanggang sendiri.
BACA LAGI: Simbah asid Faisal Halim: Polis siasat kaitan 3 lagi serangan
BACA LAGI: Sikh Izhan bersama 2 bintang Penang FC bakal kongsi DNA Akmal Rizal bersama Harimau Malaya
Sebahagian sesi latihan Sang Kenari sebelum beradu tenaga berdepan Perak FC. — Facebook/KDAFC
Menariknya menjelang aksi tersebut, penjaring terbanyak Piala MFL 2023, Ebenezer Assifuah dilihat sekadar berada dalam bangku simpanan.
Dalam line-up berkenaan, Nafuzi mempertaruhkan import baharu seperti Milos Gordic dan Jose Cleylton.
Sementara itu, satu percaturan yang menarik daripada Yusri Che Lah apabila memberi kepercayaan semula kepada Wan Zack Haikal Wan Nor untuk berada dalam kesebelasan utama.
Di samping itu, Luciano Guaycochea diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan selain menagih khidmat Lee Tae-min dan Kanybekov Adilet untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di Stadium Darul Aman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram