Ada 'share' dalam kelab Kedah, peranan wakil kerajaan negeri, ahli politik mula dipersoal


  • Podium
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Penyokong Kedah mula mempersoalkan peranan ahli politik dalam kelab tersebut. — Gambar Hiasan

MASA depan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Liga Super tampak samar selepas pemiliknya, Tan Sri Daud Bakar mengakui kelabnya cuma ada sebulan, dua saja untuk terus 'hidup'.

Ini berikutan ketiadaan penaja utama buat Kedah musim ini dan kerana itu, Sang Kenari berpotensi berdepan satu lagi kempen panjang disebabkan masalah kewangan.

Malah, Daud juga pernah mengatakan agar semua pihak membantunya supaya Kedah dapat diselamatkan daripada terus dibelenggu masalah kewangan.

BACA LAGI: Sukar teruskan perjuangan, Daud Bakar dedah KDA hanya mampu bertahan sebulan

BACA LAGI: Jika benar Kedah 'terkubur', MFL perlu bersedia hilang seri Liga Super, jawab persoalan penyokong

Daud mengatakan yang dia bersendirian dalam memastikan Kedah terus 'hidup'. Persoalannya, di manakah bantuan-bantuan lain?

Di Facebook, seorang pengguna bernama Fuad Lyn, mempersoal fungsi wakil kerajaan negeri yang berada dalam ahli lembaga pengarah kelab ketika situasi getir menimpa Kedah.

Fuad mempersoal kenapa wakil kerajaan negeri seolah-olah lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawab terhadap kelab.

"Bola sepak di negeri kedah mempunyai kepentingan sosioekonomi. Demand untuk sosioekonomi dia tak sama macam negeri lain. Di Kedah, lain macam sikit.

"Mengambil sikap lepas tangan dengan menunggang ayat 'bola sepak dah swasta', kerajaan tak payah bagi duit dah.

"Yang dilantik jadi proksi pemegang share pun dari parti politik. Apa fungsi pemegang share dalam kelab yang dilantik atas dasar parti?," soal Fuad.

Berdasarkan semakan, salah seorang daripada tiga ahli lembaga pengarah kelab adalah Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan negeri Kedah iaitu Radhi Mat Din.

Ketika waktu getir ini, penyokong merasakan kehadiran Radhi sebagai ahli lembaga pengarah kelab masih belum dapat membantu Kedah walalupun mampu menggunakan kapasitinya di dalam kerajaan negeri bagi menyelamatkan pasukan tersebut.

"Kalau ya pun tak mahu bagi duit bulat-bulat, ada pelbagai cara untuk negeri jaga kepentingan pembangunan sosioekonomi di negeri Kedah.

"Kesian pada Tan Sri Daud Bakar kena hadap sendirian. Sampai berpajak gadai bagai. Kita tengok sama ada kerajaan nak biar Tan Sri Daud Bakar atau datang bantu," ujar Fuad lagi.

Radhi-Mat-Din-KFA

Semakan mendapati nama Radhi tersenarai sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah kelab. — KDA FC

Persoalan mungkin boleh ditujukan kepada Radhi yang turut memegang portfolio sukan dalam kerajaan negeri. Jika benar kerajaan negeri mempunyai pegangan dalam kelab, apakah peranan mereka dalam membantu Sang Kenari dalam masalah ini?

Atau memang lepas tangan seperti dikatakan? Jika benar, ia pasti tidak disenangi penyokong kerana kelab berada dalam bahaya.

Majoriti kini sedang berusaha untuk mendapatkan komen daripada Radhi berhubung penglibatannya bersama kelab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram