NEGERI Sembilan FC (NDFC) mungkin tidak memulakan musim Liga Malaysia (Liga M) dengan kemenangan, tetapi corak permainan di bawah kepimpinan pengendali, Azzmi Aziz memberi keyakinan penyokong terhadap pasukan itu.
Walaupun tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-3 dalam perlawanan Liga Super pertama mereka di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu namun skuad Jang membuat pasukan tuan rumah bekerja keras untuk mendaptkan gol mereka.
Negeri Sembilan jelas tidak mempunyai sebahagian besar penguasaan dan peluang tetapi skuad Jang Hobin Jang diatur secara taktikal sepanjang permainan sehingga membuat pemain JDT bergelut.
BACA LAGI: Bola jadi lembik lepas sepakan jauh Bergson, Syihan dimalukan bintang pinjaman Selangor
BACA LAGI: Yusri pasrah ia belum rezeki Perak FC
Bukan itu sahaja, Negeri Sembilan juga menjaringkan gol hasil balas pantas daripada gerakan perancang Jepun, Takumi Sasaki dan kemudian disudahkan oleh pemain sayap dari Myanmar, Hein Htet Aung.
Menurut Sasaki yang baru menyertai Negeri Sembilan pada bulan lalu, Azzmi menjadi pemangkin kepada pasukan itu.
“Dia seorang pakar taktik dengan pengetahuan yang baik tentang permainan. Dan pengurusan pasukannya juga hebat. Dalam perlawanan menentang JDT, dia dapat mengawal dan memberi inspirasi kepada pemain dengan baik.
“Saya fikir ramai pemain akan berkembang di bawah dia dalam pasukan ini, dan saya juga berhasrat untuk bermain lebih baik di bawah bimbingannya.
“Setelah bermain dengan ramai pengurus di Jepun, saya rasa tahap kejurulatihannya setanding dengan pengurus J. League.
“Mengimbas kembali perlawanan menentang JDT, strategi taktikal jurulatih Azzmi berjaya, tetapi perjalanan kami masih jauh dan memerlukan banyak latihan untuk perlawanan akan datang," kata Sasaki.
Azzmi (kanan) dilantik sebagai pengendali Negeri Sembilan pada bulan lepas. — Facebook/NSFC
Sasaki adalah salah seorang pemain import baharu yang ditandatangani oleh Negeri Sembilan dan persembahannya mendapat pujian orang ramai sehingga dilabel sebagai watak penting untuk pasukan itu pada musim ini.
Bekas pemain antarabangsa Jepun Bawah 20 tahun itu pernah bermain untuk beberapa pasukan J-League seperti Vegalta Sendai, Tokushima Vortis, Renofa Yamaguchi dan Ehime pada masa lalu.
Selepas ini, skuad Jang Hobin Jang akan menentang satu lagi pasukan gergasi tanah air iaitu Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan pada 26 Mei ini.
Sasaki berkeyakinan bahawa pendekatan Azzmi akan membuahkan hasil ketika melayakan kunjungan Gergasi Merah bagi aksi kedua Liga Super kedua mereka. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram