Polis edar lakaran wajah suspek simbah asid terhadap Faisal Halim


  • 112
  • Ahad, 19 Mei 2024

Gambar lakaran wajah suspek kes simbah asid terhadap pemain pasukan Selangor FC, Faisal Halim.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) pada Ahad mengedarkan lakaran wajah suspek kes simbah asid terhadap pemain pasukan Selangor FC, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, anggaran umur suspek ialah 30 tahun dengan ketinggian 165 sentimeter.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan suspek juga mempunyai susuk badan sederhana dan berkulit sawo matang.

BACA LAGI: Sukar teruskan perjuangan, Daud Bakar dedah KDA hanya mampu bertahan sebulan

BACA LAGI: Baru panas enjin, nanti Syafiq Ahmad tak pasal-pasal kena balik JDT

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu seperti lakaran diminta menghubungi pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D6), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Inspektor M. Jagachandran di talian 012-6848166/ 03-2266 6071 atau tampil di mana-mana balai polis berdekatan.

Dalam kejadian 5 Mei lalu, Faisal cedera disimbah asid ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Dua lelaki bermotosikal dikatakan menghampirinya sebelum bertindak menyimbah asid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram