BINTANG Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani proses rawatan alograf kulit atau skin allograft.
Perkembangan tersebut dikongsikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang menjelaskan situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa, lapor Stadium Astro.
Malah, doktor juga membenarkan anak-anaknya untuk hadir melawat daripada jarak jauh untuk meningkatkan motivasinya yang sudah hampir dua minggu dirawat di hospital.
BACA LAGI: Bekas bintang EPL teruja saksikan kualiti fasiliti JDT
BACA LAGI: Piala Dunia beri peluang tingkat kredibiliti pengadil sepak takraw tempatan — PSM
Keadaan pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menjadi mangsa serangan asid pada 5 Mei lalu. — Facebook/SSFC
Menurut perkongsian wartawan tanah air, Karl Nunis menjelaskan bahawa Faisal terharu dengan keprihatinan serta doa semua pihak.
"Faisal berasa terharu dengan keprihatinan semua pihak yang mendoakan kesihatannya," tulisnya di X.
Menariknya, Faisal kini dilaporkan sudah diberi peluang menikmati hidangan nasi ayam penyet.
"Mickey buat special request, baru lepas makan ayam penyet," katanya lagi.
Dalam perkembangan sama, penyerang Harimau Malaya itu akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan selepas kejayaan dalam tiga pembedahan.
Menurut laporan Majoriti sebelum ini, pemain itu kini sudah dipindahkan ke wad biasa selepas sembilan hari berada di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor.
Terdahulu, Faisal atau mesra dengan panggilan Mickey menjadi mangsa simbahan asid yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang 5 Mei lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram