Tak turun aksi pertama, bek tengah Greece dan Cifu diharap turun lawan KDN FC


  • Podium
  • Jumaat, 17 Mei 2024

Cifuentes menyumbang dua gol dan dua hantaran bantuan pada aksi tahun lepas bersama Sabah. — Facebook/SabahFC

SELEPAS gagal untuk mengutip tiga mata pada perlawanan pertama menentang Penang FC pada Ahad lepas, Sabah FC pastitnya mahu mencipta kemenangan pertama dalam aksi saingan Liga Super menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada Jumaat.

Perlawanan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan berkenaan dijangka akan memberi tekanan kepada skuad The Rhinos kerana perlu beraksi di hadapan penyokong skuad Kijang Emas.

Namun, letak tepi dahulu mengenai persiapan psikologi menentang pasukan tuan rumah itu kerana pemilihan kesebelasan utama untuk aksi berkenaan jauh lebih penting bagi memastikan pasukan Sang Badak meraih tiga mata pertama mereka.

BACA LAGI: Mana-mana jurulatih pun tidak akan berpuas hati... — Kim Swee

BACA LAGI: Cemerlang di Piala MFL, bintang muda Tok Gajah mahu terus gegar Liga Super

Perlawanan pertama sebelum ini, The Rhinos menurunkan pemain seprti Gabriel Peres, Dominic Tan dan Park Tae-su untuk menjaga pertahanan tengah. Manakala, Ramon Machado, Darren Lok dan Saddil Ramdani menjadi trio serangan Sang Badak.

Percaturan tersebut bagaimanapun kurang membuahkan hasil sehingga penyokong menyarankan untuk menggunakan Miguel Cifuentes dan pemain baharu Sabah FC, Haris Stamboulidis dalam aksi kedua Liga Super menentang KDN FC.

Pemain ke-12 The Rhinos beranggapan Datuk Ong Kim Swee selaku jurulatih boleh bereksperimentasi untuk menggunakan Haris di bahagian pertahanan tengah dan sekali gus memberinya peluang debut di saingan Liga Malaysia (Liga M).

WhatsApp Image 2024-05-17 at 10.37.53 (1)

Haris diharap akan turun pada perlawanan pertama The Rhinos menentang KDN FC. — Facebook/SabahFC

Bek berusia 27 tahun itu adalah pemain yang versatil yang mampu bermain di beberapa posisi seperti pertahanan tengah atau pemain tengah bertahan dan pastinya menjadi kekuatan tambahan buat The Rhinos.

Bekas pemain skuad kebangsaan Bawah-19 tahun Greece berkenaan memiliki pengalaman berharga apabila pernah bermain untuk kelab kerdil di Sepanyol, Extremadura.

Nama Cifuentes pula usah dibincangkan lagi apabila kehadirannya pada pusingan kedua Liga M tahun lepas memberi impak positif bahagian serangan Sabah FC dengan memberi dua gol dan dua hantaran bantuan dalam 11 aksi diturunkan.

Dengan Machado dilaporkan mungkin tidak dapat turun beraksi disebabkan kecederaan yang dialaminya, Cifuentes adalah pengganti sesuai untuk tampil dalam perlawanan di Kota Bharu pada petang ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram