'Seronok kongsi padang dengan anda', ucapan Rashford hint Bruno sertai kelab CR7


  • Podium
  • Jumaat, 17 Mei 2024

Antara kelab dikaitkan dengan Fernandes (kiri) ialah pasukan gergasi, Al-Nassr. — Facebook/Rashford

PENYERANG sayap Manchester United, Marcus Rashford membuatkan penyokong pasukan berkenaan bimbang tentang masa depan Bruno Fernandes di kelab itu selepas komennya kepada arkitek pasukan itu baru-baru ini.

Menerusi ruangan komen di laman Instagram, Rashford menulis 'seronok berkongsi padang dengan anda bro' sambil memuat naik emoji hati. Komen berkenaan secara tidak langsung menimbulkan spekulasi mengenai masa depan Fernandes.

Komen berkenaan dimuat naik Rashford selepas ketua pasukan United itu memberi ucapan tahniah atas penampilan ke-400 bersama skuad The Red Devils sejak pemain berusia 27 tahun itu debut pada 2016.

BACA LAGI: [VIDEO] Man United jadi bahan ketawa, Old Trafford banjir dihujani 'air terjun'

BACA LAGI: [VIDEO] ‘We are with you’, bintang Man United solidariti bersama Faisal Halim

Dalam pada itu, masa depan pemain antarabangsa Portugal itu menjadi bualan hangat para penyokong selepas bintang United itu dikaitkan dengan potensi perpindahan musim panas pada Julai nanti.

Antara kelab dikaitkan dengan Fernandes ialah pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Nassr dengan Cristiano Ronaldo juga menjadi watak utama untuk mempengaruhi dalam keputusan perpindahan itu.

WhatsApp Image 2024-05-17 at 17.56.24

Tangkap layar komen Rashford.

Berdasarkan laporan media luar negara, pemain berusia 39 tahun itu difahamkan berminat untuk kembali bermain bersama Fernandes di peringkat kelab selepas kali terakhir beraksi ketika di Man United pada penghujung 2022.

Menurut laporan media Eropah, Daily Mirror, Ronaldo meminta agar kelabnya itu segera mendapatkan khidmat Bruno meskipun pemain tersebut kini sedang berunding bersama pihak pengurusan United.

Dengan kontrak Bruno yang berbaki dua tahun lagi bersama United, Al-Nassr bersedia untuk berbelanja besar berpotensi mencecah £90 juta (RM457 juta) bagi mendapatkan perancang tengah Portugal itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram