[VIDEO] ‘We are with you’, bintang Man United solidariti bersama Faisal Halim


  • Podium
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Faisal Halim (empat dari kanan) ketika bertemu beberapa legenda Man United dalam rancangan Mencari Ramli suatu ketika dahulu. — Agensi

KISAH duka penyerang sayap kebangsaan, Faisal Halim yang kini masih berada di hospital akibat cedera selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei di Damansara, Selangor mendapat perhatian seluruh komuniti bola sepak.

Bintang Selangor FC itu mengalami lecur tahap empat selepas disimbah oleh asid sulfurik pekat dan lebih menyedihkan, Faisal difahamkan perlu berehat panjang sebelum dapat beraksi semula.

Insiden menimpa pemain kebangsaan negara itu juga mendapat perhatian komuniti bola sepak luar negara apabila dua bintang Manchester United iaitu Andre Onana dan Alejandro Garnacho menunjukkan solidariti mereka buat Faisal.

BACA LAGI: Dari Kedah ke Selangor, kain rentang solidariti Faisal Halim ada di mana-mana

BACA LAGI: 'Show must go on', TMJ beri mesej ringkas lepas Selangor tarik diri Piala Sumbangsih

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman X Stadium Astro pada Sabtu, Onana dan Garnacho mendoakan kesembuhan segera buat pemain yang pernah diberikan peluang berlatih di Old Trafford bersama pemain Man United ketika program Mencari Ramli pada suatu ketika dahulu.

“Kami mendapat berita tentang apa yang terjadi. Kami juga merasainya (dugaan) di sini dan kami menegaskan bahawa kami semua bersama Faisal.

“Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga tabah menghadapi situasi ini,” kata penjaga gol Man United, Onana selaku wakil skuad The Red Devils.

WhatsApp Image 2024-05-11 at 13.53.10

Onana (kanan) dan Garnacho (kiri) ketika menunjukkan solidariti buat Faisal. — Stadium Astro

Sementara itu, Garnacho secara ringkas turut mengharapkan pemenang Anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu kuat menghadapi dugaan yang dihadapinya ketika ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, keadaan terkini Faisal semakin stabil dengan pergerakannya semakin normal. Walaupun tubuhnya masih berbalut, tetapi pemain itu sudah mula berjalan-jalan dalam biliknya serta semakin ceria.

Faisal masih lagi dalam pemantauan rapi dengan hanya isterinya dibenarkan untuk menemani. Tambah Shahril, tempoh tiga ke empat hari mendatang adalah penting untuk melihat perkembangan pemain tersebut selepas menjalani beberapa pembedahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram