MISTERI mengenai siapakah penjaga gol baharu Johor Darul Ta'zim (JDT) dilihat bakal berakhir dengan kelab itu dilaporkan dalam usaha membawa nama besar bagi posisi tersebut.
Sebelum ini, timbul misteri mengenai pemain bertopeng hitam yang muncul dalam video pelancaran jersi baharu JDT.
Namun begitu, identiti pemain tersebut tidak dapat disahkan dengan pelbagai nama menjadi dipetik untuk menjadi pencabar Syihan Hazmi di pintu gol.
BACA LAGI: [VIDEO] Identiti penjaga gol bertopeng JDT cetus tanda tanya, GK Filipina jadi sebutan
BACA LAGI: Bukan ke JDT, GK Filipina akan bergabung dengan Dion Cools?
Ethridge pernah beraksi di EPL bersama Cardiff City. — Agensi
Akan tetapi, misteri tersebut hampir terungkai apabila JDT dikatakan dalam usaha membawa bekas penjaga gol Cardiff City iaitu Neil Ethridge.
Ethridge yang berasal dari Filipina menjadi sasaran JDT untuk menguatkan pintu gol mereka. Berbekalkan pengalaman beraksi di English Premier League (EPL) bersama Cardiff, pastinya kehadirannya akan melonjakkan kekuatan Harimau Selatan di posisi penjaga gol.
Kini beraksi untuk Birmingham City dalam saingan divisyen dua England, kontrak penjaga gol berusia 34 tahun itu akan berakhir pada akhir musim 2023/2024 yang tamat Jun ini.
Dengan kontraknya tidak disambung, Ethridge dilihat menjadi sasaran JDT bagi mengisi slot tiga penjaga gol kelab itu yang telah dihuni Syihan serta Farizal Marlias.
Tetapi, kelab Thailand iaitu Buriram United turut berminat bagi mendapatkan Ethridge apabila kontraknya tamat. Dengan kedua-dua kelab mempunyai reputasi tersendiri di peringkat Asia Tenggara, pastinya penjaga gol itu 'pening kepala' untuk memilih destinasi seterusnya.
Mungkin, tawaran seperti gaji dan bonus menarik akan menentukan ke mana destinasi Ethridge selepas Birmingham. Jika dia memilih JDT, Liga Malaysia akan menyaksikan seorang lagi pemain berprofil tinggi beraksi di negara kita. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram