Umum Piala Sumbangsih batal, tapi JDT tetap dianggap juara


  • Podium
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Skuad JDT meraikan kejayaan menjadi juara Piala Sumbangsih buat kali kesembilan. — Facebook/JDT

BADAN penganjur liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai pemenang Piala Sumbangsih bagi musim 2024/2025.

Keputusan itu dibuat oleh mereka dalam satu siaran yang dikeluarkan pada Sabtu selepas tamat tiga perlawanan Liga Super iaitu PDRM FC bertemu Kedah Darul Aman FC, Sri Pahang FC menentang Kelantan Darul Naim FC dan Terengganu FC melayan kunjungan Perak FC di Gong Badak.

"Tahniah Johor Darul Ta'zim. Juara Perlawanan Sumbangsih 2024-2025!," tulis MFL di laman media sosial mereka.

BACA LAGI: ‘Piala Sumbangsih nama sultan, jangan sesuka hati tukar jadi Piala Sumbangan'

BACA LAGI: 'Show must go on', TMJ beri mesej ringkas lepas Selangor tarik diri Piala Sumbangsih

Kemenangan itu hadir selepas Selangor FC memilih untuk menarik diri daripada perlawanan yang sepatutnya dimainkan pada 10 Mei kerana faktor keselamatan dihadapi mereka.

MFL kemudiannya mengumumkan perlawanan Piala Sumbangsih yang sepatutnya dimainkan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebagai

Memandangkan ia juga adalah aksi pertama, JDT turut menerima tiga mata hasil kemenangan 3-0 selepas Selangor melakukan walkover.

Dengan pengiktirafan sebagai juara ini, JDT meraih trofi kesembilan Piala Sumbangsih serta yang ke-27 keseluruhan dalam sejarah kelab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram