Di sebalik simpati Faisal Halim, Syafiq Ahmad boleh pimpin Kedah tambah garam di luka Selangor


  • Podium
  • Khamis, 16 Mei 2024

Syafiq boleh jadi ancaman terbesar Selangor ketika Kedah turun ke Kelana Jaya. — Kedah Darul Aman FC

KEDAH Darul Aman FC akan turut sekali lagi ke Lembah Klang bagi berdepan Selangor FC dalam perlawanan kedua Liga Super pada 18 Mei.

Bakal menjadi aksi kedua Sang Kenari, cerita berbeza pula buat Selangor yang turun buat kali pertama musim ini selepas menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih yang juga aksi pertama liga berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Sudah pasti, sentimen simpati atas nasib menimpa pemain Selangor, Faisal Halim akan menghiasi perlawanan ini. Tetapi, aksi mesti diteruskan dan tiga mata perlu dicari.

BACA LAGI: 'Hidup semula' bersama Kedah lepas sedekad, KPG diharap guna khidmat Syafiq Ahmad

BACA LAGI: Akui Kedah kuat, PDRM ada cara 'gari' Sang Kenari

Pengaruh Syafiq Ahmad

Tidak dinafikan, Syafiq merupakan penyerang berbisa di dalam negara. Ketajamannya sememangnya terserlah terutamanya sewaktu mewakili Malaysia.

Namun, pada aksi pertama liga berdepan PDRM FC, Syafiq membuktikan kemampuannya sekali lagi selepas berjaya meledak gol terpantas musim ini seawal 34 saat.

Ia membuktikan yang Syafiq mempunyai ketajaman di depan pintu gol dan dia boleh menjadi watak penting untuk Kedah mendapatkan tiga mata berdepan Selangor.

Pertahanan Selangor mesti berjaga-jaga dengan kualiti Syafiq. Silap sikit, bola pasti akan menerjah jaring.

440450788_480342327680283_7260310862687709111_n

Syafiq menjaringkan gol terpantas Liga Super seawal 34 saat. — Kedah Darul Aman FC

Momentum membara

Kemenangan menentang PDRM sudah pasti memberikan momentum buat Kedah menjelang perlawanan berdepan Selangor.

Ditambah dengan kemenangan diraih di tempat lawan, Kedah pastinya mempunyai keyakinan untuk mendapatkan satu lagi keputusan positif walaupun berdepan kelab lebih sukar.

Sementara untuk Selangor, momentum sedikit terganggu kerana tidak beraksi pada perlawanan pertama. Oleh itu, skuad kendalian Nidzam Jamil boleh dianggap 'berkarat' berbanding Kedah.

Oleh itu, Kedah berpeluang mengeksplotasi situasi tersebut supaya kemenangan memihak mereka sekali gus mula mendaki carta liga.

Dukungan kepak Kenari

Sebagai antara kelab terulung negara, sokongan terhadap boleh didapati di mana-mana dan bukannya di Kedah saja.

427993774_480344481013401_8286659041248737236_n

Ribuan penyokong Kedah dijangka membanjiri Kelana Jaya pada Sabtu. — Kedah Darul Aman FC

Sudah pasti, Kedah akan didukung dengan sokongan padu kepak Kenari sewaktu mereka bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya pada Sabtu.

Sewaktu bertemu PDRM, anggaran seramai 1,000 penyokong Kedah hadir ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selayang dalam keadaan hujan lebat bagi menyokong Sang Kenari.

Tidak terkejut pada aksi di Kelana Jaya kelak, ruang untuk penyokong pelawat bakal dipenuhkan oleh kepak Kenari yang setia mengikut kelab ke mana saja mereka pergi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram