PEMAIN Terengganu FC, Akhyar Rashid mengakui dirinya masih berdepan trauma selepas dipukul dan disamun di tempat tinggalnya.
Pemain sayap kebangsaan itu sebelum ini menjadi mangsa samun dan pukul di kediamannya pada 2 Mei dekat Kuala Terengganu.
Akhyar mengalami kecederaan di kepala dan kaki sambil menanggung kerugian sebanyak RM5,000.
BACA LAGI: [VIDEO] Terima kasih atas doa, kini saya bersedia — Akhyar Rashid
BACA LAGI: Bukan saja untuk Akhyar Rashid, TFC mahu menang demi Faisal Halim
Akhyar tak sabar untuk beraksi buat Terengganu. — Terengganu FC
Walaupun begitu, Akhyar mengakui yang dia masih bersemangat untuk membantu Terengganu mencapai kejayaan musim ini. Katanya, trauma disamun dan dipukul itu masih ada tapi semangat untuk skuad Penyu tak pernah berubah.
"Semangat saya untuk membantu Terengganu masih lagi sama seperti sebelum ini, cuma saya masih mempunyai trauma disebabkan insiden tersebut.
"Insya-ALLAH, dengan sokongan dan doa dari ahli keluarga, pihak pengurusan, rakan-rakan sepasukan dan seluruh penyokong bola sepak di negara ini, saya nak lupakan insiden tersebut secepat mungkin," kata Akhyar.
Dalam pada itu, Akhyar kini kembali menyertai latihan bersama-sama rakan sepasukannya dan boleh dipilih oleh Tomislav Steinbruckner untuk diturunkan berdepan Penang FC pada Ahad di George Town.
Pemain berusia 25 tahun itu benar-benar mahu kembali semula beraksi tetapi Akhyar serahkan semuanya kepada Steinbruckner untuk tentukan sama ada dia bersedia untuk bermain atau tidak.
"Saya sudah lakukan latihan ringan bersama rakan sepasukan selepas hampir dua minggu berehat. Saya jangkakan dalam masa tiga hari saya akan cergas sepenuhnya dan boleh menyarung kasut selepas jahitan dibuka semula.
"Saya akan bersedia untuk bermain jika saya diturunkan pada Ahad ini. Tetapi saya serahkan kepada jurulatih untuk tentukan. Jika saya tak dapat main saya akan berasa sedih tapi saya percaya barisan kejurulatihan ada perancangan untuk saya.
"Oleh itu, saya mahu fokus kepada latihan untuk pastikan saya cergas sepenuhnya untuk kembalikan semula keyakinan," ujar Akhyar. — The Star/LIM TEIK HUAT
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram