Bukan ke JDT, GK Filipina akan bergabung dengan Dion Cools?


  • Podium
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Identiti penjaga gol bertopeng JDT terus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

NAMA penjaga gol kebangsaan Filipina, Neil Ethridge mencuri tumpuan penyokong tanah air apabila dilaporkan berada dalam radar jaguh Liga Thailand 1, Buriram United.

Perkara tersebut dikongsikan oleh salah satu media Thailand, All Things Thai Football di laman X pada Jumaat.

"Khabar angin yang menarik. Buriram United bersedia untuk menandatangani penjaga gol Filipina, Neil Etheridge daripada Birmingham City FC," tulisnya.

BACA LAGI: Skuad sepak takraw negara perlukan wajah baharu — Kapten

BACA LAGI: Tiada pemain kebangsaan tersenarai kejohanan di Indonesia — Kim Swee

Neil Etheridge

Pengalaman Etheridge beraksi di EPL pasti sukar ditolak mana-mana pasukan. Agensi

Dengan kontrak Ethridge yang akan tamat pada 30 Jun 2024, pastinya khabar angin tersebut memberi maklum balas yang negatif kepada penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT).

Kem Harimau Selatan sebelum ini menerima khabar gembira apabila difahamkan misteri rekrut penjaga gol baharu JDT terungkai.

Bagi sesetengah penyokong, pemain baharu skuad Harimau Selatan itu merupakan penjaga gol Filipina, Etheridge yang berpengalaman di Eropah sebelum ini.

Bagaimanapun, impian 'ekor' Harimau Selatan untuk menyaksikan pemain berusia 34 tahun bersama JDT tidak kesampaian selepas dikhabarkan bakal ke Thailand.

Menariknya laporan tersebut, sekiranya perpindahan itu menjadi kenyataan, Ethridge akan beraksi bersama kapten Harimau Malaya, Dion Cools dalam satu pasukan.

Untuk rekod, Etheridge pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Cardiff City. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram