Selain Tim Cahill, 3 bintang bola sepak dunia termasuk Man United antara legenda pernah jejak JDT


  • Podium
  • Rabu, 15 Mei 2024

Cahill turut mengambil peluang untuk bertemu dengan pemilik JDT, TMJ. — Instagram/tim_cahill

BARU-BARU ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi didatangi salah seorang legenda bola sepak dunia, Tim Cahill.

Kehadiran bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pastinya menyemarakkan lagi semangat pemain Harimau Selatan untuk terus gah mengungguli kejohanan domestik.

Cahill turut berpeluang meninjau kemudahan Harimau Selatan seperti Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan pusat latihan JDT yang bertempat di Padang Seri Gelam, Johor.

BACA LAGI: Bekas bintang EPL teruja saksikan kualiti fasiliti JDT

BACA LAGI: 'Tengah game pun boleh tercabut', fans bising kualiti jersi Sabah FC

Pique

Gerard Pique antara legenda bola sepak yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Johor. — Facebook/JDT

Menariknya, legenda Everton itu menyifatkan kelengkapan dan kemudahan yang dimiliki JDT sebagai luar biasa.

Bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu percaya itu hanyalah permulaan untuk Harimau Selatan untuk lebih maju selepas ini.

Dalam pada itu, selain Cahill, terdapat tiga lagi bekas bintang dunia pernah berkunjung ke kelab berkenaan.

1) Gerard Pique

Bekas bintang Barcelona, Gerard Pique antara legenda bola sepak yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Johor.

Bekas pertahanan tengah Sepanyol itu tiba di JDT pada tahun 2018 turut dibawa meninjau pusat latihan JDT.

Pique ketika itu meluahkan perasaan kagumnya apabila melihat prasarana dan fasiliti bertaraf antarabangsa yang dimiliki JDT itu.

Pemain yang sudah mengumumkan persaraannya itu bukan nama asing lagi dalam kalangan penggemar bola sepak, bukan sahaja cemerlang di peringkat kelab, Pique juga membantu negaranya Sepanyol menjulang apiala Dunia pada tahun 2010.

Cesar

Cesar yang turut hadir ke Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih 2023. — Facebook/JDT

2) Julio Cesar

Penjaga gol legenda Brazil, Julio Cesar juga pernah menjadi tetamu istimewa JDT pada tahun 2023.

Cesar yang ketika itu berada di Johor adalah bagi membincangkan peranan duta global JDT bersama pengurusan kelab selain menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih 2023 antara JDT dan Terengganu FC.

Malah, kehadiran ke Johor itu merupakan strategi Harimau Selatan bagi melebarkan pengaruhnya ke peringkat global.

Cesar yang juga bekas penjaga gol Inter Milan itu pemenang Copa America 2004 dan dua kali Piala Konfederasi FIFA bersama Brazil.

Untuk rekod, Cesar memenangi Piala Dunia Kelab 2010, Liga Juara-Juara UEFA 2010, lima kejuaraan Serie A dan 7 Piala Itali bersama Inter Milan.

GAry Neville

TMJ bersama Ryan Giggs dan Neville semasa kunjungan legenda itu ke JDT. — Facebook/JDT

3) Gary Neville

Bintang legenda Manchester United, Gary Neville juga antara pemain dunia yang pernah berkunjung ke JDT pada tahun 2016.

Neville juga tidak ketinggalan untuk berkunjung ke pusat latihan pasukan gergasi tanah air itu yang bertempat di Padang Seri Gelam.

Dalam kunjungannya ketika itu, Neville turut bertukar-tukar pendapat dengan TMJ mengenai bola sepak selain visi dan hala tuju JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram