'Sistem 15 mata jadi kelemahan Thailand, beri peluang Malaysia julang Piala Dunia di laman sendiri'


  • Podium
  • Khamis, 16 Mei 2024

Barisan pemain Malaysia yang menggalas tugas untuk mewakili Piala Dunia Sepak Takraw 2024. — Facebook/PSM

KEJOHANAN Piala Dunia Sepak Takraw 2024 akan membuka tirainya bermula 18 Mei hingga 26 Mei yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sudah pasti ramai peminat sukan tersebut tidak sabar untuk menyaksikan pasukan negara berentap dalam kejohanan itu.

Menariknya kejohanan tersebut, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) mewajibkan pelaksanaan sistem kiraan 15 mata bagi semua pertandingan domestik dan antarabangsa bermula 1 Februari 2024.

BACA LAGI: Piala Dunia beri peluang tingkat kredibiliti pengadil sepak takraw tempatan — PSM

BACA LAGI: Bekas bintang EPL teruja saksikan kualiti fasiliti JDT

WhatsApp Image 2024-05-10 at 14.48.47

Farhan Adam yang menggalas tugas selaku kapten skuad negara impi julang gelaran Piala Dunia Sepak Takraw 2024. — Facebook/PSM

Setiap regu kini memperoleh satu servis sahaja berbanding tiga sebelum ini bagi semua pertandingan di dalam dan luar negara.

Mengulas lanjut mengenai sistem mata baharu itu, Naib Presiden IV Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Wan Mohd Husni Abdullah berpendapat bahawa sistem tersebut memberi kelebihan kepada semua pasukan untuk meraih mata.

"Dalam kiraan sistem 15 mata ni, siapa yang kurang melakukan kesilapan akan jadi kelebihan kepada pasukan itu.

"Kalau boleh masa servis tu jangan sangkutlah, ia akan merugikan pasukan. Sebab tu kena pilih tekong yang baik dan tidak boleh melakukan kesilapan semasa servis.

"Kalau game bertaraf profesional macam ni, memang best lah nak tengok sistem 15 mata.

"Sistem 15 mata ini sebenarnya menjadi kelebihan kepada semua negara," katanya kepada Majoriti.

Servis kuda

Menurutnya lagi, sistem berkenaan dijangka mampu memecahkan momentum servis tekong pasukan Thailand yang sinonim dengan 'servis kuda'.

"Kita akui kekuatan Thailand ada pada tekong tapi kita boleh compete. Thailand ni ada momentum yang bagus, dia ada servis yang bagus, so sebelum ini tiada team yang boleh tahan tiga servis dia.

"Tapi bila satu servis diperkenalkan jadi ia akan mengganggu momentum Thailand. Nampaklah ia akan beri peluang kepada pasukan lain untuk menewaskan Thailand.

"PSM dah buat uji mengenai sistem 15 mata seperti best of three, best of five tapi ISTAF memang nak macam tu, so kita tak boleh buat apa, just follow saja," jelasnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram