Bekas bintang EPL teruja saksikan kualiti fasiliti JDT


  • Podium
  • Selasa, 14 Mei 2024

Legenda bola sepak Australia, Tim Cahill (t-shirt putih) melakukan satu kunjungan ke Johor Darul Ta'zim dan berpeluang untuk melihat fasiliti kelab tersebut. — Instagram/tim_cahill

LEGENDA Australia, Tim Cahill mengakui persediaan yang dibuat pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjadi sebuah kelab ternama sememangnya luar biasa.

Perkara tersebut dikongsikan di Instagram peribadi miliknya, @tim_cahill selepas mengadakan lawatan ke kelab berkenaan baru-baru ini.

Cahill turut berpeluang meninjau kemudahan Harimau Selatan seperti Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan pusat latihan JDT yang bertempat di Padang Seri Gelam, Johor.

BACA LAGI: Piala Dunia beri peluang tingkat kredibiliti pengadil sepak takraw tempatan — PSM

BACA LAGI: 'Tengah game pun boleh tercabut', fans bising kualiti jersi Sabah FC

WhatsApp Image 2024-05-14 at 18.49.02

Cahill (kiri) turut mengambil peluang untuk bertemu dengan pemilik JDT, TMJ. — Instagram/tim_cahill

Menariknya, legenda Everton itu turut tidak ketinggalan untuk mengadakan pertemuan dengan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hasil daripada pertemuan itu, TMJ sempat memberi bayangan Harimau Selatan akan melalui era baharu.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, dia menyifatkan kelengkapan dan kemudahan yang dimiliki JDT sebagai luar biasa.

Bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu percaya itu hanyalah permulaan untuk Harimau Selatan untuk lebih maju selepas ini.

"Berpeluang bertemu dengan pemilik JDT. Kami berbincang mengenai kerjasama baharu dalam bola sepak dan visinya untuk membangunkan sukan itu amat membanggakan.

"Kemudahan terkini yang dimiliki JDT sangat mengagumkan dan saya berbangga menyaksikan dedikasi untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

"Terima kasih atas layanan dan peluang untuk bekerjasama dalam projek bermakna yang akan membuat perubahan dalam dunia bola sepak," tulisnya di Instagram. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram