Manfaatkan teknologi, peniaga kecil boleh guna 2 peranti elak terkena 'scam'


  • Bizz
  • Rabu, 15 Mei 2024

Penggunaan peranti digital memudahkan peniaga untuk memastikan setiap bayaran dimasukkan oleh pelanggan. — Gambar hiasan/EdxaPay

PERNIAGAAN secara fizikal atau dalam talian semestinya perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan daripada ditipu.

Penipuan itu bukan sahaja boleh berlaku dalam kalangan peniaga, malah pelanggan juga berpotensi untuk melakukan perkara sama.

Risiko peniaga ditipu lebih tinggi apabila majoriti pelanggan cenderung menggunakan kaedah pembayaran dalam talian iaitu secara imbasan kod QR.

BACA LAGI: Berang kena tipu pelanggan 1 sen, peniaga disaran beli 'soundbox' elak masalah penipuan

BACA LAGI: BSN DuitNow QR Soundbox bantu peniaga bazar Ramadan lihat keuntungan bersih harian

2693558

Antara peniaga yang ditipu pelanggan di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Cara pembayaran itu tidak dinafikan antara yang paling mudah selain menggunakan wang tunai mahupun kad debit.

Sama dengan situasi yang berlaku pada seorang peniaga kecil di Uptown Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Ketika kejadian, dua pelanggan cuba menipu dengan menunjukkan resit pembayaran dalam talian palsu.

Pelanggan terbabit didakwa hanya membayar 1 sen dan menyunting resit seolah-olah sudah membayar harga barang yang ditetapkan.

Justeru, para usahawan khususnya peniaga kecil-kecilan disarankan untuk memanfaatkan teknologi bagi mengelakkan masalah sama berlaku.

1. Soundbox

Screenshot (1584)

Antara soundbox yang diperkenalkan BSN. — Amanz

Soundbox adalah peranti audio pintar yang memberi notifikasi kepada peniaga dengan ciri pengesahan suara apabila sudah menerima bayaran.

Peranti itu juga boleh digunakan untuk kaedah pembayaran secara imbasan kod QR melalui pelbagai transaksi bank termasuk Touch N Go, Boost, GrabPay, ShopeePay, MAE (Maybank) dan Bank Nasional Berhad (BSN).

Lebih menarik apabila peranti tersebut boleh digunakan di mana jua walaupun hanya berbekalkan meja dan khemah kecil di tepi kaki lima.

Pada Mac lalu, BSN yang menyokong perniagaan digital itu melancarkan DuitNow QR Soundbox iaitu terminal pembayaran digital yang menyelaraskan bayaran tanpa tunai bagi peniaga gerai bazar Ramadan.

Pengenalan produk itu juga sejajar dengan rancangan Geran Digital PMKS Madani (GDPM) kerajaan untuk meningkatkan penyelesaian digital bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Kaedah pembayaran menggunakan kod QR di bazar Ramadan itu juga turut membantu memudahkan dan mempercepatkan urusan peniaga serta pembeli.

Peranti itu boleh didapati melalui pembelian dalam platform e-dagang seperti Shopee dan aplikasi lain.

2. ⁠Peranti kad debit tanpa wayar

paywave

Peranti kad debit tanpa wayar yang sering digunakan peniaga yang mempunyai premis sendiri. — Gambar hiasan/Agensi

Bagi peniaga yang mempunyai kedai dan mampu menaik taraf kemudahan sistem pembayaran boleh menggunakan peranti kad debit tanpa wayar.

Pelanggan diberi pilihan sama ada mahu membayar menggunakan kad debit atau kredit.

Bukan setakat kad sahaja, malah ia turut mempunyai fungsi untuk mengimbas kod QR mengikut bank atau agen transaksi lain yang ditetapkan.

Kebiasaannya, peranti tersebut kerap digunakan oleh peniaga yang mempunyai premis sendiri atau membuka kiosk kecil di pusat beli-belah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram