'Hidup semula' bersama Kedah lepas sedekad, KPG diharap guna khidmat Syafiq Ahmad


  • Podium
  • Selasa, 14 Mei 2024

Syafiq Ahmad hanya memerlukaN hanya memerlukan 33 saat sahaja untuk mencipta semula nama di bumi Kedah. — Facebook/KDAFC

PENYERANG sensasi Kedah Darul Aman (KDA) FC, Syafiq Ahmad seperti mendapat nafas baharu dalam karier bola sepaknya apabila nama pemain itu kini kembali meniti di bibir penyokong bola sepak tanah air.

Syafiq kini bermain untuk skuad Sang Kenari selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) memutuskan untuk meminjamkan penyerang kebangsaan itu bagi memberi dia lebih peluang untuk meraih minit permainan dan mengembalikan keyakinannya di hadapan gawang.

Peluang berkenaan tidak disia-siakan Syafiq apabila pemain berusia 28 tahun berkenaan hanya memerlukan 33 saat untuk mencetak jaringan dalam aksi pembukaan Liga Super 2024/25 menentang PDRM FC di Stadium Selayang, Selangor pada Sabtu.

BACA LAGI: Syafiq Ahmad tidak gentar aksi bertemu Selangor FC, sedia rebut tempat skuad kebangsaan

BACA LAGI: [VIDEO] Syafiq Ahmad hanya perlukan 33 saat buktikan diri masih berbisa

Bergandingan bersama penyerang Serbia, Milos Gordic, penyerang berusia 28 tahun itu menceriakan penyokong Kedah dengan meledakkan gol tunggal perlawanan.

Syafiq menyudahkan hantaran jauh yang dibuat kapten pasukan, Sony Norde untuk menewaskan penjaga gol The Cops, Bryan See.

Menariknya, gol Syafiq tersebut merupakan jaringan terpantas yang berjaya dicetak musim ini.

Selain catat jaringan terpantas, gol itu cukup menarik memandangkan Syafiq mengulangi pencapaian sama diulanginya 10 tahun lalu. Pada musim 2014, penyerang berjersi 28 itu menjaringkan gol pertamanya bersama skuad senior Kedah.

Gol pertama bersama Kedah itu juga membuatkan ramai penyokong tanah air berharap agar Syafiq akan diberikan kembali peluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya selepas dia disisihkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Kalau Syafiq ini konsisten memang Kim Pan-gon panggil semula dia. Sebab penyerang kita tiada penyudah, harapkan pressing sahaja sampai bila kan," kata penyokong Kedah, Mishar Al-Hafiz Mislan.

"Syafiq teruskan usaha bersama KDA FC untuk buka mata Pan-gon. Pemain tempatan pun ada tahap tersendiri bersama kelab," bagi penyokong Kedah, Ady Rantau Kedah.

"Syafiq ini kalau dapat panggilan untuk Harimau Malaya, aku yakin dia boleh jaringkan gol untuk Malaysia," bagi penyokong Kedah, Sofhan Azerie.

Selepas ini, Syafiq akan membantu KDA FC akan berdepan Selangor FC dalam perlawanan kedua Liga Super pada 18 Mei yang akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram