Contohi Stuart Wilkin, Gary Steven Robbat mahu bawa Sabah kuasai Top 3 Liga Super


  • Podium
  • Jumaat, 03 Mei 2024

Gary mahu kembali beraksi tajam bersama-sama Sabah. — Sabah Football Club

PEMAIN Sabah FC, Gary Steven Robbat mahu menjadikan musim ketiganya bersama-sama kelab itu cukup bermakna buat dirinya secara peribadi.

Gary yang kini berusia 31 tahun, mahu memberikan sumbangan lebih kepada Sabah berbanding pada musim lepas yang menyaksikan minit permainannya tidak begitu banyak.

Bekas pemain skuad kebangsaan itu ingin membuktikan yang dirinya masih lagi berbisa walaupun pernah dihimpit kecederaan serius satu masa dulu.

BACA LAGI: Tony Fernandes ada 'wealth & power' untuk pimpin FAM — Pekan Ramli

438899700_831964908970202_8046064986060240436_n

Gary (berdiri, tiga dari kanan) mahu mainkan peranan lebih besar bersama Sabah musim ini. — Sabah Football Club

BACA LAGI: [VIDEO] Rembatan Baddrol, penalti Liridon julang Kedah jadi kelab terakhir kalahkan JDT pada aksi Sumbangsih

Dia mengambil inspirasi daripada kebangkitan rakan sepasukan iaitu Stuart Wilkin yang kini menjadi nadi kekuatan Sabah serta Harimau Malaya.

"Wilkin kini berada di tahap yang tinggi dan saya gembira untuknya. Perkara terbaik mengenainya adalah dia turut mempunyai kebolehan menjaringkan gol. Kebangkitannya bukan saja baik untuk Sabah tetapi buat negara juga.

"Sebagai pemain tengah, kami juga bermotivasi untuk meningkatkan diri selepas melihat dia bermain baik seperti sekarang," kata Gary.

Kecemerlangan dimiliki oleh Wilkin kini seakan-akan corak permainan Gary ketika zaman dia sedang meningkat naik.

Melihat kepada kecemerlangan itu, Gary memasang azam untuk membantu Sabah memperoleh kejayaan dengan mensasarkan kedudukan tiga terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.

Selain itu, dia juga ingin memainkan peranan lebih besar bersama Sabah dengan dia mensasarkan membawa kelab Borneo itu kembali semula ke kejohanan Asia. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram