MENJELANG hari-hari akhir sebelum saingan Liga Super bermula, beberapa pasukan masih belum membuat pengumuman mengenai barisan skuad serta jersi baharu yang bakal dikenakan.
Perkara sedemikian sudah tentu dinantikan penyokong yang tidak sabar untuk melihat kreativiti ditampilkan pihak pengurusan kelab berbanding pasukan lain.
Salah sebuah kelab yang masih belum mengumumkannya ialah Sabah FC yang memiliki sokongan tidak berbelah bahagi daripada penduduk negeri berkenaan.
BACA LAGI: Demi Sang Badak, fans Sabah sanggup panjat pokok di Keningau
BACA LAGI: Penaja sama, takkan rekaan pun sama', penyokong Sabah tak puas hati jersi away PDRM
Pengumuman jersi baharu skuad Sang Badak akan dibuat tidak lama lagi. — Facebook/Sabah FC
Beberapa musim kebelakangan ini, kelab Borneo itu sering tampil dengan imej baharu dengan penyokong sanggup mengeluarkan wang ratusan ringgit untuk mendapatkan pakaian rasmi baharu kelab.
Jadi, tidak hairanlah apabila persoalan terus membanjiri laman media sosial mereka apabila ratusan pengguna seakan-akan tidak senang duduk dengan kelewatan pasukan.
Namun, dua hari kebelakangan ini, skuad Sang Badak mula aktif memberikan gambaran atau 'teaser' mengenai jersi yang akan dipakai sepanjang musim depan.
Ini termasuk satu video pendek dikongsikan pada Rabu memaparkan bintang pasukan, Saddil Ramdani yang kelihatan cukup teruja ketika melihat 'kit' baharu Sabah FC.
"Wahh, menyala. Ini luar biasa, sangat tagap (mantap)," kata pemain kebangsaan Indonesia itu.
Klip berdurasi 14 saat berkenaan kemudiannya ditonton ribuan pengikut setia bola sepak tempatan yang juga tidak sabar untuk melihat jersi baharu skuad Sang Badak.
"Jersi baharu Sabah FC luar biasa, mantap Saddil Ramdani," komen Fadry Yundul.
"Ini yang buatkan berdebar ni, apa warna jersi tahun ini?" soal RH-oma Nasir.
"Buatkan orang berdebar sahaja Saddil ni, mesti cantik jersi kali ini, mantap," kata Eindz Selamanya.
Berdasarkan pengumuman, jersi baharu skuad Sang Badak akan diumumkan pada pukul 4 petang Khamis dengan orang ramai boleh menyaksikannya secara langsung di laman Facebook Deasoka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram