MOT tak pernah benarkan e-hailing bidaan, arah APAD semak sistem


  • Primer
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Anthony mengaku tidak tahu mengenai isu bida harga dalam aplikasi e-hailing. — Facebook/MOT

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) menafikan yang mereka membenarkan perkhidmatan e-hailing di negara membenarkan pelanggan mereka membida harga.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata perkara itu tidak diketahui olehnya dan telah meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk melakukan semakan terhadap perkara tersebut.

"Saya akan minta APAD untuk lihat perkata itu, tetapi setakat ini memang tidak ada apa-apa yang kita benarkan lagi," kata Anthony.

BACA LAGI: [VIDEO] Lupus kereta hanya 5 minit — Anthony Loke

440935823_847661494071963_3011055165912378499_n

Anthony Loke minta APAD untuk lakukan semakan mengenai isu bida harga dalam aplikasi e-hailing. — Facebook/MOT

BACA LAGI: Cadangan pencarian semula MH370 dibentang ke Kabinet Ogos depan — Anthony Loke

Anthony berkata demikian selepas timbulnya aplikasi e-hailing yang membenarkan pemandu dan penumpang saling tawar menawar harga untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

Timbul kerisauan dalam kalangan pengguna yang berasakan sistem itu memberi kelebihan kepada pemandu dengan mereka berpotensi mengenakan caj berlebihan terhadap pengguna untuk satu-satu perjalanan.

Dalam pada itu, laporan siasatan mengenai dakwaan dalam JPJ Pandora Papers akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha (KSU) MOT bagi mendapatkan tindakan selanjutnya.

Anthony mengakui terdapat kelemahan yang telah dikesan dalam proses pendaftaran nombor klasik kerana ia diperoleh menerusi kaedah yang sedang digunakan tetapi perlu diketatkan dan dikawal dengan lebih baik prosesnya.

"Ini kerana nombor-nombor klasik itu dahulunya didaftarkan tanpa satu proses sistem yang telus dan terperinci kerana pada zaman 50-an dan 60-an ia didaftar secara manual, tidak ada dalam sistem komputer atau aplikasi seperti MySikap.

"Kerana itu kadang-kadang apabila nombor itu didaftarkan, mereka ingat tidak dipunyai orang tetapi suatu masa kemudian, pemilik sebenar datang dan tuntut kembali nombor tersebut.

"Jadi ia menimbulkan keraguan ke atas sistem kita dan bagi memastikan tiada pertindihan pemilikan pada masa akan datang, kita akan ketatkan dan kawal pendaftarannya," ujar Anthony. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram