Peminat minta PM 'payung' konsert Coldplay 


  • Primer
  • Rabu, 10 Mei 2023

Coldplay dijadualkan mengadakan persembahan pada 22 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengucapkan 'selamat datang' kepada kumpulan pemuzik terkenal dunia, Coldplay sempena konsert siri jelajah Music Of The Spheres World Tour November ini.

Bukan sahaja perdana menteri, malah barisan peminat muzik itu turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang menyaksikan persembahan hebat penyanyi tersohor berkenaan.

Dalam pada kegembiraan itu, ada peminat yang meminta bantuan daripada perdana menteri agar menyediakan siaran langsung atau menawarkan potongan harga.

Rata-rata peminat dapat menjangkakan tiket konsert tersebut akan 'laku keras' dan dijual pada harga yang tinggi.

"PMX mohon livestream kalau tidak dapat tiket," kata Kenneth Chen.

"PM ucap selamat datang, bolehlah bagi potongan harga sikit," kata Whattosay.

"Tidak sabar nak tunggu," kata Aini Aqilah.

"Lepas ini minta bawak Rodiahead," kata Lam Alip.

Persembahan yang dijadualkan pada Rabu 22 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kumpulan Coldplay dianggotai oleh Chris Martin, Jonny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram