‘LAPORAN mengatakan tangan Faisal tiada respons atau refleks itu tidak tepat'
Itulah perkongsian yang disampaikan Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Hazwan Khair ketika ditemui di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor pada Khamis.
Menurut Hazwan, laporan media sosial sebelum ini menyatakan kecederaan yang dialami Faisal Halim akan memberi kesan jangka panjang adalah kurang tepat kerana beliau masih dalam proses rawatan.
BACA LAGI: RMS sedia tanggung kos perubatan Faisal Halim
BACA LAGI: 'Kecederaan Faisal Halim boleh jejaskan karier bola sepak'
Keadaan Faisal selepas disimbah asid pada Ahad lalu.
"Proses rawatan itu adalah berperingkat, dan ia berjalan seperti dirancang boleh pakar bedah.
“Tetapi laporan yang menyatakan tangan Faisal tidak akan ada respons (refleks) itu tidak benar.
“Malahan impak selepas pembedahan kedua itu menunjukkan peningkatan sangat positif dan tempoh pemulihan Faisal mengikut jadual yang dirancang.
“Dengan rancangan pemulihan Faisal, Insya-ALLAH akan menunjukkan keputusan yang baik,” katanya kepada Majoriti.
Ditanya mengenai pemilihan hospital swasta yang merawat Faisal, Hazwan berkata, pusat perubatan terbabit mempunyai kepakaran untuk merawat kecederaan sedemikian.
“Kami memilih hospital ini kerana percaya ia menyediakan fasiliti terbaik bagi Faisal dari segi kepakaran dan fasiliti untuk merawat kecederaan seperti kebakaran atau melibatkan kulit," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram