Selangor pilih boikot, tidak hadir Piala Sumbangsih


  • Podium
  • Rabu, 08 Mei 2024

Selangor FC mengambil keputusan tidak hadir dalam Piala Sumbangsih pada Jumaat ini. — Gambar hiasan

SELANGOR FC mengambil pendekatan mengejut apabila enggan beraksi dalam Piala Sumbangsih dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Jumaat ini.

Keputusan itu diambil setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan rentetan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam.

"Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan serta ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI : FAM bimbang andai Arif Aiman jadi 'target' seterusnya

BACA LAGI : 'Kami beri love, Faisal Halim balas dengan matanya seolah tersenyum'

photo_6186229778445615071_y

Selangor FC membuat keputusan berat susulan insiden menimpa pemainnya Faisal Halim.

Sebelum ini, Selangor FC memaklumkan bahawa bersedia untuk menerima apa jua keputusan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenai permohonan penangguhan tarikh Piala Sumbangsih.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pihaknya memahami bahawa sukar buat badan pengelola itu membuat keputusan dalam tempoh singkat.

Pihaknya juga pada Selasa telah menghantar surat permohonan rasmi kepada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL untuk menunda perlawanan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram