Terlepas peluang ketika di Terengganu, magis NJ boleh bantu realisasikan impian Mickey


  • Podium
  • Rabu, 08 Mei 2024

Kali pertama Faisal tidak berkesempatan mencipta nama di peringkat antarabangsa ketika TFC tarik diri dari kejohanan Piala AFC 2021. — Facebook/TFC

PENYERANG sayap kebangsaan, Faisal Halim difahamkan tidak dapat beraksi minimum lima atau enam bulan susulan kesan kelecuran tahap empat yang dialaminya selepas jadi mangsa simbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, pada Ahad.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar yang turut memaklumkan pergerakan dan percakapan Faisal Halim ketika ini sedikit terjejas berikutan insiden itu.

Menurutnya, tonggak Selangor FC yang lebih mesra disapa 'Mickey' dalam kalangan peminat akan berada di bawah pemantauan rapi di hospital sekurang-kurangnya selama 10 hari dan berkemungkinan akan menjalani rawatan susulan selama dua hingga tiga minggu.

BACA LAGI: Faisal Halim makin stabil, Akhyar dah nak buka benang jahitan kepala

BACA LAGI: 'Kecederaan Faisal Halim boleh jejaskan karier bola sepak'

Tempoh minimum untuk menunggu Faisal beraksi itu nampaknya akan menyaksikan pemain yang memenangi gol terbaik pada Piala Asia Qatar tersebut akan terlepas aksi pusingan pertama Liga Malaysia (Liga M).

Lebih mendukakan apabila Faisal juga dijangka tidak akan berpeluang untuk melakukan debutnya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) pada ini dan situasi itu turut merugikan Gergasi Merah yang perlu mencari penggantinya di bahagian serangan.

WhatsApp Image 2024-05-08 at 17.29.13

Nidzam dilantik sebagai pengendali Selangor pada Mac lalu bagi menggantikan Tan Cheng Hoe. — Facebook/TFC

Untuk rekod, ini adalah kali ketiga pemain kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang berkenaan terlepas peluang untuk beraksi di kejohanan antarabangsa bersama kelab diwakilinya.

Kali pertama Faisal tidak berkesempatan mencipta nama di peringkat antarabangsa ketika bekas pasukannya iaitu Terengganu FC (TFC) memutuskan untuk tarik diri dari kejohanan Piala AFC 2021 dek kerana penularan Covid-19.

Rezeki Faisal Terengganu layak ke Piala AFC berlaku lagi pada edisi 2023 namun pemain itu sekali lagi terlepas untuk membuat debut susulan dia menetapkan keputusan menyertai Selangor FC pada awal musim 2023.

Melihat keadaan Faisal yang dijangka sembuh selepas enam bulan, Nidzam Jamil selaku jurulatih Gergasi Merah perlu membuat magisnya untuk membantu Selangor melepasi peringkat kumpulan.

Sekiranya pasukan Lembah Klang itu layak ke pusingan 16 terbaik, Nidzam secara tidak langsung akan membantu merealisasikan impian Faisal untuk beraksi di kejohanan antarabangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram