Polis cari Muhammad Imran Suresh, dakwa ada maklumat dalang kes serangan Faisal Halim


  • 112
  • Rabu, 08 Mei 2024

Tangkap layar (gambar kanan) perkongsian pengguna media sosial berkenaan yang mendakwa mempunyai maklumat berhubung dalang dalam kes serangan melibatkan Faisal pada Ahad lalu.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh yang mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian simbah asid membabitkan tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu berkenaan sebelum itu mengeluarkan kenyataan di sosial media mendakwa memiliki maklumat berhubung insiden tersebut.

"Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan. Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya seperti yang dilaporkan Buletin TV3 pada Rabu.

BACA LAGI: Bimbang keselamatan pemain selain Faisal Halim terancam, Selangor mohon tunda Piala Sumbangsih

BACA LAGI: Masukkan dalam kontrak, kelab wajib sediakan 'bodyguard' buat pemain bintang

Deputy Inspector-General of Police Datuk Razarudin Husain during the interview in Bukit Aman, Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, siasatan masih sedang dijalankan daripada pelbagai sudut terhadap suspek yang direman pada Selasa.

Katanya, siasatan terbabit meliputi usaha bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.

Ditanya sama ada kemungkinan suspek diupah, Razarudin berkata, perkara itu belum dipastikan kerana siasatan masih berjalan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak betul yang boleh menjejaskan siasatan

Ekoran daripada insiden malang menimpa Faisal pada Ahad lalu, seorang pemilik akaun media sosial di Instagram mendakwa dipanggil polis bagi membantu siasatan kes membabitkan Faisal.

Menerusi beberapa siri hantaran yang dimuat naik di Insta Story, dia juga mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut daripada mendedahkan dalang sebenar dalam kejadian yang menimpa pemain berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram