Dipilih pemain terbaik mingguan di Thailand, Dion Cools beri petanda baik buat Harimau Malaya


  • Podium
  • Selasa, 07 Mei 2024

Sebahagian aksi pasukan Buriram ketika berdepan Nakhon Pathom pada 4 Mei lalu. — Facebook/Buriramunited

NAMA pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools mencuri tumpuan apabila dipilih menjadi salah satu pemain terbaik Liga Thailand bagi minggu ke-27.

Selain Cools, rakan sepasukannya, Lucas Crispim turut tersenarai antara pemain terbaik bagi kelab Buriram United.

Prestasi memberangsangkan yang ditampilkan oleh Cools itu dilihat selepas pengendali Buriram United, Jorginho Campos meletakkannya sebagai bek kanan untuk perlawanan menentang Muangthong United.

BACA LAGI: Faisal Halim kena simbah asid di pusat beli belah

BACA LAGI: TMJ, KPG luah rasa simpati buat Faisal, Akhyar

Dalam aksi tersebut, pemain pertahanan berusia 27 tahun itu menunjukkan peningkatan yang baik dari segi prestasi sebagai bek kanan.

Melihat kepada penilaian Sofascore, Cools merekodkan markah 7.5 untuk perlawanan menentang Muangthong dan 7.8 berdepan Nakhon Pathom United.

WhatsApp Image 2024-05-07 at 11.43.30 (1)

Cools (kanan) tampil cemerlang galas tugas sebagai bek kanan. — Facebook/Buriramunited

Dalam aksi berdepan Muangthong pada 27 April, Buriram meraih kemenangan dengan keputusan 3-1, manakala menang 2-0 berdepan Nakhon Pathom pada 4 Mei.

Impak yang ditunjukkan oleh Cools sekali gus membantu Buriram merekodkan kemenangan ke-18 ke atas Nakhon Pathom.

Dalam kedua-dua aksi tersebut, bukan sahaja memastikan barisan pertahanan Thunder Caste kekal utuh namun Cools juga berupaya untuk mara ke hadapan dan membuat hantaran-hantaran lintang kepada jentera serangan.

Pastinya khidmat Cools akan terus ditagih dalam aksi Thai League 1 seterusnya berdepan Port FC pada 12 Mei ini.

Dalam pada itu, prestasi terbaik Cools di Thailand itu sekali gus memberi petanda baik buat Harimau Malaya menjelang dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Jun depan.

Khidmat Cool dijangka ditagih dalam aksi Malaysia berdepan Kyrgystan pada 6 Jun sebelum menentang Taiwan pada 11 Jun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram