Kes simbah asid, Selangor FC tagih sokongan moral peminat, minta hormati privasi Faisal Halim


  • Podium
  • Ahad, 05 Mei 2024

Faisal Halim menjadi mangsa apabila disimbah asid di kawasan beli belah. — Facebook/SSFC

SELANGOR FC memandang serius terhadap insiden yang dialami oleh pemain sayapnya, Faisal Halim dan menjelaskan bahawa pihak polis sedang membuat siasatan.

"Dukacita dimaklumkan bahawa pemain Selangor FC, Faisal Halim telah menjadi mangsa serangan asid petang Ahad.

"Selangor FC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak polis serta pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti sesiapa yang terlibat.

BACA LAGI: Faisal Halim kena simbah asid di pusat beli belah

BACA LAGI: [VIDEO] Akhyar kena samun di Kuala Terengganu, dipercayai kena pukul dengan cota

Mickey Cedera

Faisal kelihatan mengalami kecederaan di badan, tangan dan muka akibat simbahan tersebut. — Facebook/SSFC

"Selangor FC menyeru para penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal Halim dan keluarganya serta menghormati privasi Faisal dan keluarganya pada masa ini," tulisnya dalam kenyataan pada Ahad.

Kancah bola sepak tempatan dikejutkan dengan perkongsian daripada wartawan sukan, Fina Nasrom yang mengatakan bahawa tonggak Harimau Malaya disimbah asid.

Difahamkan, insiden berkenaan berlaku di pusat beli belah terkemuka tanah air di Damasara ketika dia bersama keluarganya.

Tonggak skuad kebangsaan itu dipercayai disimbah asid selepas bermain di litar go kart di kawasan beli belah berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram