Kembali ke pangkuan Sang Kenari, Assifuah mampu jadi 'last piece' buat Kedah berbanding Milos


  • Podium
  • Ahad, 05 Mei 2024

Nama Assifuah tidaklah asing dalam Liga Malaysia kerana sebelum ini pernah beraksi dalam saingan Piala MFL musim 2023. — Facebook/KDA FC B

BEBERAPA detik sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia (Liga M) ditutup pada Jumaat, Kedah Darul Aman (KDA) FC tampil membuat kejutan dengan mengumumkan ketibaan seorang lagi pemain import.

Ebenezer Assifuah secara rasminya diperkenalkan oleh Sang Kenari untuk memperkuatkan jentera serangan skuad kendalian Nafuzi Zain.

Kemunculan bekas penyerang KDA FC B itu dijangka bakal memainkan peranan penyerang kedua Sang Kenari di belakang import baharu, Milos Gordic.

BACA LAGI: Tomi belum tekan butang panik, 2 nama disebut jadi pengganti sementara Akhyar Rashid

Assifuah

Assifuah secara rasminya diperkenalkan oleh Sang Kenari untuk memperkuatkan jentera serangan skuad tersebut. — Facebook/KDA FC

Nama Assifuah tidaklah asing dalam Liga M kerana sebelum ini penyerang kelahiran Ghana itu pernah beraksi dalam saingan Piala MFL musim 2023.

Melihat kepada prestasi Assifuah, pemain berusia 31 tahun itu dilihat masih berbisa dengan pengalaman serta pencapaian pada musim lalu dan dijangka mampu mempertajamkan lagi jentera serangan Hijau Kuning.

Melihat kepada prestasi sebelum ini, Majoriti menyenaraikan dua kelebihan Assifuah kembali ke kem Hijau Kuning.

Pro

1. Pengalaman dalam pasukan

Nama Assifuah tidaklah begitu asing dalam kalangan peminat Sang Kenari kerana sebelum ini dia pernah beraksi bersama KDA FC B dalam Piala MFL.

Assifuah tampil selaku penyerang paling berbisa dalam saingan MFL musim 2023 meskipun mempunyai rekod kecederaan.

Bukan itu sahaja, Assifuah dilihat tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dalam saingan Liga M apatah lagi bersama pasukan KDA FC.

Ia kerana, Assifuah sudahpun mempunyai pengalaman yang luas dalam Liga M terutamanya Piala MFL selain lebih mengetahui mengenai selok-belok pasukan Kedah.

2. Profil lebih baik berbanding Milos

Melihat kepada rekod musim lalu, Assifuah bergelar penjaring terbanyak dalam Piala MFL dengan meledak 16 gol sekali gus bergelar sebagai pemenang Kasut Emas.

Faktor ketajaman itu pastinya ditagih KDA FC selepas mereka kehilangan khidmat bekas penyerang dari Nigeria iaitu Ifedayo Olusegun.

Bukan itu sahaja, prestasi yang tidak menentu ditampilkan oleh import baharu, Milos Gordic dianggap masih belum mampu menyesuaikan diri sepenuhnya.

Berdasarkan rekod sebelum ini, Assifuah pernah mewakili skuad kebangsaan Ghana di Kejohanan FIFA Bawah 20 (B-20) pada 2013 dan muncul penjaring terbanyak dengan enam gol.

Assifuahh

Assifuah (dua kiri) selepas menjaringkan gol pertamanya ketika bertemu JDT II. — Facebook/KDA FC B

BACA LAGI: 'Buah last!', Kedah dijangka umum import terakhir level berkelas dunia

Meskipun begitu, terdapat juga kekurangan yang dijangka dihadapi oleh pasukan KDA FC menjelang pembukaan kempen Liga M nanti.

Kontra

1. Tiada pengalaman dalam Liga Super

Seperti yang diketahui, Assifuah lebih banyak beraksi dalam saingan Piala MFL musim lalu.

Pastinya kekurangan itu dilihat menjadi penghalang buat Sang Kenari untuk lebih tajam di depan pintu gol apabila berdepan pasukan dari Liga Super.

Kehadiran Assifuah ke Kedah boleh diibaratkan sia-sia kerana dia tidak mempunyai pengalaman bermain dalam liga utama iaitu Liga Super.

Tidak mustahil, Assifuah dijangka akan bergelut untuk mendapatkan rentak permainan apabila beraksi dalam saingan Liga Super yang berintensiti tinggi nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram