[VIDEO] Kes simbah asid, Faisal Halim bersama keluarga ketika serangan


  • Podium
  • Ahad, 05 Mei 2024

Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah pusat beli belah terkemuka tanah air.

PIHAK polis difahamkan sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) kawasan berhampiran di Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad susulan kejadian simbah asid yang menimpa penyerang sayap kebangsaan, Faisal Halim.

Kejadian malang menimpa pemain Selangor FC itu apabila tular gambar keadaan badannya yang luka teruk ekoran disimbah asid selepas bermain go kart di pusat beli-belah terkemuka berkenaan.

Memetik laporan dari Astro Arena, pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sedang membawa keluarganya keluar ke pusat membeli-belah dan dua individu bermotosikal menghampirnya sebelum menyimbah asid kepadanya.

BACA LAGI: Faisal Halim kena simbah asid di pusat beli belah

BACA LAGI: Tomi belum tekan butang panik, 2 nama disebut jadi pengganti sementara Akhyar Rashid

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian yang berlaku di kawasan Kota Damansara tersebut.

"Lebih kurang 5:51 petang, polis Petaling Jaya telah menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan Malaysia Emergency Respons Services 999 memaklumkan pemain bola sepak telah disimbah cecair disyaki asid semasa berada di sebuah pasar raya terkemuka di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya.

"Mangsa kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaan mangsa adalah stabil. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222," memetik kenyataan pada Ahad.

@majoritiofficial

Haritu akhyar kena samun, ni Mickey pulak kena simbah asid? Sangat pelik ya. Tempoh berlaku terlalu dekat. #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #faisalhalim #mickey #akhyar #asid #cedera #pusatbelibelah

♬ Powerful songs like action movie music - Tansa

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut tampil mengecam perbuatan pelaku berkenaan dan sama sekali tidak bertoleransi terhadap isu keganasan terhadap atlet seperti yang berlaku kepada Faisal.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. No violence in sports! Saya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku," katanya menerusi laman X pada Ahad.

Awal minggu ini, arena bola sepak tanah air dikejutkan dengan kejadian samun melibatkan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid yang dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Kuala Terengganu ketika pemain terbabit baru saja pulang dari makan malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu pada 2 Mei lalu, pemain Terengganu FC itu baru saja turun dari kereta dipukul dengan senjata dipercayai cota di bahagian kepala dan badan oleh suspek yang tak dikenali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram