KECOH di laman media sosial apabila sebuah video tular menunjukkan sekumpulan wanita bergaduh di pusat boling Lucky Strike di Miami, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.
Pergaduhan itu menyaksikan beberapa wanita saling tolak menolak sebelum mereka bertindak melempar objek termasuk bola boling ke arah satu sama lain.
Akibatnya, seorang wanita pengsan selepas terkena bola boling yang dilemparkan dalam pergaduhan itu.
BACA LAGI: Rizky dan Mahalini kahwin, MUI anggap ikatan tak ikut syariat agama
BACA LAGI: Ramai anak muda idam kereta 'have-have', tak ukur baju di badan sendiri
Malah kelihatan sebiji lagi bola dilemparkan ketika orang ramai yang berada di lokasi kejadian sedang memeriksa keadaan mangsa.
Polis Miami tiba di tempat kejadian pada pukul 12.45 pagi Selasa, namun ketika mereka tiba di kawasan kejadian, kesemua suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu sudah meninggalkan lokasi kejadian.
[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]
"Bola boling dibaling ke kiri dan kanan," kata jurucakap Polis Miami, Michael Vega, lapor 7 News.
"Mereka bukan sahaja bergaduh, bola turut dibaling".
Difahamkan, wanita yang terkena bola boling itu tidak mengalami kecederaan serius.
Punca pergaduhan masih lagi disiasat dan tiada tangkapan dibuat setakat ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram