[VIDEO] Atlet Olimpik Jepun pecah rekod dunia, lompat ski sejauh 291m


  • Podium
  • Sabtu, 04 Mei 2024

Ryoyu Kobayashi ketika membuat lompatan ski di Akureyri, Iceland pada 23 April 2024. — Agensi

ATLET Olimpik Jepun, Ryoyu Kobayashi mengejutkan peminat sukan ski global apabila memecahkan rekod dunia untuk lompat ski terpanjang dengan catatan sejauh 291 meter (m) di Akureyri, Iceland baru-baru ini.

Pemenang pingat emas dan perak individu pada Sukan Olimpik 2022 berkenaan difahamkan memecahkan rekod dunia lompat ski sebanyak 37.5m yang dipegang oleh Stefan Kraft dari Austria yang mencapai 253.5 meter pada 2017.

Kobayashi yang mempunyai 32 kemenangan individu dan dua kejuaraan Piala Dunia itu difahamkan terbang sekitar 955 kaki (291m) di udara dan berlegar di udara selama 10 saat pada aksi di Akureyri itu.

BACA LAGI: Sedekad kekalahan 2014, mampukah Malaysia akhirnya raih gelaran Piala Thomas?

BACA LAGI: [VIDEO] Ubun-ubun Akhyar Rashid koyak 4 sentimeter, rugi RM5,000 disamun dua lelaki misteri pakai hoodie — Polis Terengganu

'Sudah tentu hakikat bahawa saya boleh mencipta sejarah di sini adalah sesuatu yang menakjubkan, tetapi ini tidak mungkin tanpa sokongan semua orang yang terlibat dalam cabaran itu. Rekod ini akan menjadi sumber kekuatan saya," katanya.

Walaupun lompatan Kobayashi mengatasi rekod lompat ski dunia hampir 40 meter, namun Persekutuan Ski dan Papan Salji Antarabangsa (FIS) tidak akan mengiktiraf usaha penting atlet Jepun itu kerana ia tidak memenuhi syarat pertandingan badan induk.

"Lompatan Kobayashi mempamerkan prestasi atlet yang luar biasa dalam keadaan yang sangat istimewa namun ia tidak boleh dibandingkan dengan Piala Dunia Terbang Ski FIS, kerana tarikh mula dan keseluruhannya.

"Pertandingan ski terbang mesti berdasarkan sistem pengukuran jarak yang diperakui FIS dan berlangsung di tempat ditentukan oleh FIS agar dapat bersaing dengan penerbangan lain untuk layak untuk rekod penerbangan ski rasmi," kata FIS dalam satu kenyataan

Badan rasmi itu turut menegaskan mereka tidak sabar untuk mengalu-alukan Kobayashi pada musim FIS Piala Dunia musim sejuk akan datang untuk bersaing memecahkan rekod dunia dalam acara rasmi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram