The Star terima Anugerah MDA atas usaha tingkatkan kesedaran isu kesihatan


  • Primer
  • Sabtu, 04 Mei 2024

Esther (kanan) mewakili SMG menerima Anugerah MDA daripada Dzulkefly (tengah). — The Star

AKHBAR terbitan Star Media Group (SMG), The Star meraih Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023, Medical Device Authority (MDA) oleh Kementerian Kesihatan hasil daripada usaha meningkatkan kesedaraan awam mengenai peranti perubahan dan bagaimana ia dikawal penggunanya.

Anugerah ini merupakan sebahagian daripada usaha dan komitmen berterusan untuk menghargai kerjasama daripada rakan media dalam meningkatkan kesedaran ekosistem pengawalan peranti perubatan.

BACA LAGI: Penubuhan SAVe dijangka setahun, dua lagi — Exco Selangor

439227647_840243138137691_3595436760286498128_n

Esther (berdiri, paling kiri) bersama para penerima Anugerah MDA. — Kementerian Kesihatan

BACA LAGI: Indeks kebebasan media Malaysia jatuh, Fahmi Fadzil berlapang dada

"Keluarga SMG begitu rasa berbangga apabila diperakui oleh MDA dan Kementerian Kesihatan.

"The Star dan platform kami yang lain dan meneruskan komitmen mengutarakan isu yang memberi kesan kepada rakyat dan apa yang begitu dekat dengan mereka.

"Kami berharap dapat meneruskan kerjasama dengan kementerian untuk membawa isu melibatkan kesihatan awam ke depan. Kami semua mempunyai objektif yang sama," kata Ketua Pegawai Kandungan SMG, Datin Paduka Esther Ng.

The Star menerima anugerah tersebut bagi kategori surat khabar dengan ia disampaikan sendiri kepada Esther oleh Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad pada Jumaat.

Sebelum itu, Dzulkefly turut melancarkan pelan strategik MDA 2024-2028 dengan dia mencabar badan itu untuk meningkatkan kualiti mereka supaya boleh setanding dengan badan seumpama mereka di negara lain.

"Pelan strategik ini mencerminkan keazaman MDA untuk menjadi pemain utama dalam hal kawalan kualiti, jaminan keselamatan serta kawalan industri terutamanya di negara kita.

"Untuk memastikan industri kita kekal teguh di peringkat global, MDA sebagai badan kawal selia berkelas dunia mesti memainkan peranan sebagai mentor, pencetus, fasilitator dan penasihat," kata Dzulkefly. — The Star/TEH ATHIRA YUSOF

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram