JENDELA perpindahan pertama bagi Liga Malaysia (Liga M) musim ini telah pun ditutup pada 12 tengah malam Jumaat.
Kesemua kelab tidak dibenarkan untuk mendaftarkan pemain selepas dari tarikh dan masa ditetapkan oleh Malaysia Football League (MFL). Jika terlepas, maka kelab itu perlu menunggu jendala perpindahan seterusnya untuk mendaftarkan pemain mereka.
Beberapa detik sebelum jendela ditutup, Selangor FC mencipta kejutan apabila mereka mengumumkan ketibaan penyerang muda daripada Jordan iaitu Reziq Bani Hani.
BACA LAGI: Selangor FC sempat sambar bintang muda Jordan sebelum lawan JDT
BACA LAGI: [VIDEO] 'Ambik kau!' Perang saraf Nur Izzuddin berjaya robohkan mental beregu Jepun
Selain Selangor, satu lagi kelab iaitu Kedah Darul Aman FC turut tidak ketinggalan mengumumkan ketibaan satu lagi pemain import bakal menyertai mereka.
Berbanding Selangor yang mengumumkan terus siapakah pemain baharu mereka, Kedah hanya memberikan 'teaser' menerusi sebuah video di media sosial Sang Kenari.
Berbekalkan klu "pernah menjaringkan gol di Piala Dunia," Kedah membiarkan para penyokongnya meneka siapakah pemain terakhir dibawa masuk Nafuzi Zain untuk musim 2024/2025.
Berdasarkan video tersebut, ramai yang menyebut nama Ebenezer Assifuah sebagai bintang terakhir dibawa masuk Kedah pada jendela perpindahan kali ini.
Walaupun dilihat agak pramatang dari segi keterujaan kerana Kedah sekadar menandatangani semula pemain yang sepatutnya meninggalkan kelab pada musim ini, tetapi sekembalinya Assifuah haruslah diraikan.
Hal ini kerana, walaupun bergelut untuk mendapatkan prestasinya selepas cedera teruk pada musim lalu, Assifuah berjaya menunjukkan prestasi cemerlangnya bersama skuad Piala MFL Kedah.
Persembahannya berjaya menobatkan dirinya sebagai penjaring terbanyak saingan tersebut dengan mneghasilkan 16 gol buat Sang Kenari.
Kemunculan semula Assifuah itu ibarat peluang kedua untuknya bersama Kedah. Dia berpeluang untuk membuktikan kehebatannya apabila tampil lebih segar dan beraksi untuk skuad utama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram