PELAKON yang juga selebriti tanah air, Eyka Farhana dilaporkan turut berada di Kuala Terengganu, Terengganu rentetan bintang Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid kini menerima rawatan di hospital selepas disamun pada Khamis.
Difahamkan, Eyka berada di negeri Pantai Timur itu sejak beberapa hari lalu untuk menyambut hari kelahiran ke-25 pemain kebangsaan tersebut pada Rabu bersama ahli keluarga.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Akhyar cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri ketika mangsa baru tiba di kawasan kediamannya, selepas selesai sesi latihan bola sepak di stadium di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
Eyka turut menemani Akhyar mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.
BACA LAGI: [VIDEO] Akhyar kena samun di Kuala Terengganu, dipercayai kena pukul dengan cota
Berdasarkan laporan awal, pemain itu dipukul cota di kepala, namun keadaannya stabil meskipun terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.
Selain itu, pihak berkuasa masih belum menyatakan kerugian ditanggung Akhyar atas kejadian yang pasti memberi kesan mendalam terhadapnya.
Kejadian itu pasti akan merencatkan persiapan TFC menjelang musim baharu dengan aksi menentang Perak FC bakal berlangsung pada 11 Mei.
Setakat ini, kelab Pantai Timur itu sudah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pasukan itu serta pihak polis akan membantu mencari pesalah terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram