Tamparan buat Tok Gajah, bintang pinjaman kini hampir pulang ke JDT


  • Podium
  • Selasa, 30 Apr 2024

Skuad Tok Gajah memiliki barisan pemain lebih baik dan berkualiti menjelang musim baharu. — Facebook/Sri Pahang FC

BEBERAPA aksi persahabatan yang ditempuhi sepanjang tempoh pramusim membuktikan Sri Pahang FC sudah semakin bersedia untuk menghadapi musim baharu.

Melihat kepada skuad terkini, pasukan kendalian Fandi Ahmad itu sudah hampir lengkap, baik dari segi pertahanan mahupun serangan selepas beberapa wajah baharu dibawa masuk.

Jadi, persiapan sedemikian akan membolehkan mereka memperbaiki kedudukan musim depan selepas hanya berada di tangga kelima Liga Super 2023.

Tetapi, satu perkhabaran mengejutkan melanda penyokong skuad Tok Gajah apabila dilaporkan mereka bakal kehilangan khidmat penjaga gol, Izham Tarmizi.

Dalam satu hantaran di akaun X Zulhelmi Zainal Azam, majikan pemain berkenaan, Johor Darul Ta'zim (JDT) mahu menamatkan tempoh pinjamannya lebih awal.

BACA LAGI: Sri Pahang berwajah baharu, mesin gol JDT antara 3 bekas bintang Liga M jadi idaman

439563930_18431426428031124_1387215461379325827_n

Izham mencatatkan satu musim dengan pasang surut bersama skuad Tok Gajah. Facebook/Sri Pahang FC

BACA LAGI: Sri Pahang dikhabar salin 7 pemain tapi kepulangan Manuel Hidalgo jadi penantian

Keputusan tersebut pastinya dibuat kerana juara Liga Super itu hanya memiliki Syihan Hazmi dan Farizal Marlias dalam posisi berkenaan menjelang musim baharu.

Berita terbabit pastinya sedikit merisaukan kem Sri Pahang FC kerana penjaga gawang berusia 33 tahun itu mempunyai pengalaman sepanjang bertahun-tahun beraksi dalam Liga Super.

Namun, berdasarkan skuad semasa mereka, kehadiran Zarif Irfan Hashimuddin serta Azfar Arif yang tiba dari Penang FC mampu memastikan gawang pasukan Pantai Timur itu terus ampuh.

Untuk rekod, Izham merekodkan 19 penampilan buat skuad Tok Gajah dalam kesemua pertandingan musim lalu dengan ketangkasan dan kelantangannya menjadikannya watak utama pasukan.

Bagaimanapun, struktur fizikalnya membuatkan pemain itu beberapa kali berdepan kesukaran untuk menepis bola, lebih-lebih lagi dalam situasi bola mati. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram