[VIDEO] Cemas brek rosak, YouTuber patah riuk paraglider terhempas atas tanah berbatu


  • Sukan
  • Ahad, 28 Apr 2024

Tangkap layar video detik-detik semasa Vella terhempas di atas tanah sehingga meraung kesakitan.

SEORANG pesohor YouTube bernasib baik apabila diberikan peluang kedua untuk menjalani kehidupan selepas dia terjatuh dari ketinggian 30 meter (m) dari udara dalam kejadian baru-baru ini.

YouTuber itu mengalami nasib malang berkenaan akibat kegagalan mesin paramotor yang menyebabkan dia terhempas di sebuah padang pasir di Austin, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Mangsa, Anthony Vella, 33, yang sedang menguji paramotor baharunya, BGD Luna 3 di kawasan Enchanted Rock State Park dengan membawa mesin itu pada kelajuan 77 kilometer (km) telah menyebabkan ia terhempas semasa ujian percubaan jentera tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Rakaman dedah bukan kali pertama tindakan cabut bendera Palestin makan diri tentera Israel

84171147-13357837-image-a-133_1714253776448

Keadaan Vella semasa menunggu bantuan selepas jatuh dari paraglider di kawasan Enchanted Rock State Park baru-baru ini. — YouTube

Menerusi perkongsian video Vella, pada mulanya dia amat menikmati kelajuan yang dicapainya sehingga berteriak di atas udara sebelum dilihat gagal mengawal mesin itu.

Akibat daripada kegagalan itu, telah menyebabkan Vella terjatuh di atas tanah sambil menjerit menahan kesakitan akibat mengalami beberapa kecederaan serius di bahagian leher, tulang belakang, tangan dan paha.

Bukan sahaja menjerit menahan kesakitan, pemuda itu juga terpaksa menunggu 30 minit sebelum pengawai perubatan tiba di lokasi kejadian.

Vella terdahulu menggunakan telefon pintarnya dengan meminta bantuan Siri untuk menghubungi ambulans.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jika saya cakap, boleh jadi panas', hubungan Salah-Klopp ibarat retak menunggu belah?

BACA LAGI: [VIDEO] Segera contohi Indonesia, FAM jangan tunggu lama risik 4 bintang muda di Eropah

Menurut laporan Daily Mail, Vella memberitahu dia mengalami masalah teknikal sebelum mendarat kerana kehilangan bahagian penting yang perlu ada pada paramotor atau paraglider berkenaan.

Vella turut berkongsi video tiga sudut berbeza yang menampakkan dia terjatuh lalu terus menjerit meminta pertolongan akibat daripada kecederaan serius itu.

"Tolong saya, mesin paramotor saya telah terhempas," katanya yang ketika itu meminta pertolongan daripada Siri supaya melakukan panggilan kepada 911.

Vella juga sempat menasihati peminat sukan lasak paramotor agar sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap mesin mereka sebelum melakukan penerbangan agar kejadian yang ditimpanya tidak diulangi orang lain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram