PEMAIN bintang Liverpool, Mohamed Salah berkata, jika dia bercakap, akan ada pergaduhan berlaku.
Situasi ini berlaku selepas dia dilihat bertengkar dengan jurulatihnya, Jurgen Klopp di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.
Tindakan Salah dalam perlawanan itu telah mengejutkan banyak peminat bola sepak dunia dengan sikap dinginnya itu.
Kebanyakan peminat mengkritik Salah kerana gagal mempamerkan prestasi terbaik sejak kebelakangan ini dan mereka bersetuju pemain itu dijual ke kelab lain pada jendela perpindahan yang akan datang.
Insiden tersebut berlaku ketika Salah bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79 bagi menggantikan Luis Diaz.
BACA LAGI: Selepas 5 tahun kemarau trofi, JDTGBX mahu rampas eMFL Liga Super 2024
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Salah nyaris bertumbuk dengan Klopp namun sempat dihalang oleh Darwin Nunez dan Joe Gomez yang turut berada di sebelahnya.
Salah kelihatan kecewa dengan sesuatu yang dikatakan Klopp kepadanya ketika dia dibawa masuk, dan seolah-olah mahu memanjangkan perbalahan sebelum rakan sepasukan meredakannya.
Malah, kedua-dua individu itu juga tidak bersalaman selepas tamat perlawanan sekali gus menjadi bualan hangat dalam kalangan media dan penyokong setia Liverpool.
Keputusan seri itu menyebabkan Liverpool terkeluar daripada perebutan kejuaraan EPL sekali gus mereka berada di tangga ketiga dalam kedudukan liga dan perebutan juara kini tertumpu ke arah Arsenal dan Manchester City.
BACA LAGI: [VIDEO] Segera contohi Indonesia, FAM jangan tunggu lama risik 4 bintang muda di Eropah
“It’s gonna be fire if I speak”, says Salah.
@j_castelobranco x ESPNpic.twitter.com/ho1B9cE8QG
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 27, 2024
Tidak habis perbalahan semasa perlawanan, drama di luar padang terus bersambung apabila Salah, ketika berjalan melalui kawasan media, berkata: "Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan."
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh wartawan terkemuka @FabrizioRomano kedengaran seorang wartawan bertanya kepada reaksi yang dilontarkannya itu.
"Pergaduhan?" dan Salah menjawab: "Ya, sudah tentu."
Klopp ketika ditanya mengenai insiden tersebut menjelaskan isu itu telah selesai dan tiada apa-apa yang perlu diperbesarkan.
“Kami bercakap mengenai detik itu di bilik persalinan dengan pemain. Ia sudah selesai,” jelas Klopp.
Sejak kebelakangan ini, prestasi Liverpool juga tidak begitu bagus selepas tewas 0-2 kepada Everton dan ia menyukarkan misi The Reds untuk kembali ke puncak liga.
Selepas ini, The Reds akan bertembung dengan Tottenham Hotspur, Aston Villa serta Wolverhampton Wanderers untuk melengkapkan jadual liga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram