BARU-BARU ini, tular di media sosial memaparkan seorang askar simpanan rejim Zionis mengalami kecederaan akibat letupan bom buatan sendiri di Tebing Barat, Palestin.
Insiden tersebut berlaku ketika lelaki itu cuba mencabut bendera Palestin yang dipasang di tengah padang dengan bom dipasang bagi tujuan berkenaan.
Jadi, ketika dia sedang menendang batang bendera itu, letupan terbabit meletup di hadapannya sebelum individu itu kelihatan terbaring.
Strategi itu membuatkan orang ramai menyedari akan kreativiti pejuang Palestin yang bertahun-tahun cuba menghalau pendudukan rejim Zionis di Tebing Barat.
BACA LAGI: [VIDEO] Tentera simpanan Israel terima padah ketika cuba cabut bendera Palestin
الآن الآن شاهد تمزق مجموعة من الجنود والضباط الإسرائيليين نتيجة كمين محكم نفذته المقاومة قبل عدة شهور, وبثت مشاهده لأول مرة قبل دقائق.
المشهد رهيب!#غزة_تقاوم#كمين_العلم pic.twitter.com/iSCEtyF4JX
— رضوان الأخرس (@rdooan) November 13, 2018
BACA LAGI: 'Raya-raya juga', Ahmad Zahid pesan titip doa buat rakyat Palestin
Bagaimanapun, pendekatan sedemikian bukanlah kali pertama dibuat kerana beberapa tahun lalu, perangkap serupa pernah dipasang penduduk negara itu.
Dalam satu video yang pernah tular enam tahun lalu, sebuah bom pernah mencederakan empat tentera Israel dengan salah seorang daripada mereka memegang bendera Palestin berdekatan sempadan bandar Khan Younis, Palestin.
Ketika cuba meletakkan bendera itu, satu letusan terjadi sehingga kepulan asap hitam memenuhi ruangan udara sementara tentera tersebut bergelimpangan.
Namun, tindakan berkenaan mencetuskan amarah dalam kalangan tentera Israel yang mengambil keputusan membalas dendam dengan melancarkan serangan udara.
Usaha itu bagaimanapun tidak melunturkan semangat pejuang Palestin yang sehingga hari ini berusaha menghalau tentera Zionis daripada tanah air mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram