Tenang, ciri-ciri midfield sebenar antara kriteria dimiliki Nooa Laine bantu Selangor cabar takhta Liga Super


  • Podium
  • Rabu, 24 Apr 2024

Nooa Laine tampil sebagai kesebelasan utama Harimau Muda dalam ketiga-tiga perlawanan. — Facebook/FAM

PRESTASI hambar yang ditonjolkan pemain-pemain Harimau Muda dalam kejohanan Piala Asia Qatar Bawah-23 (B23) Tahun mengundang kritikan daripada orang ramai kerana gagal mengutip sebarang mata sekali gus menyaksikan anak-anak buah Juan Torres Garrido berada di kedudukan tercorot Kumpulan D.

Rekod itu sekali lagi mengulangi sejarah edisi 2022 di Uzbekistan apabila skuad Harimau Muda gagal mencatat sebarang kemenangan dalam aksi kumpulan selepas mencipta sensasi mara ke suku akhir pada 2018 di China.

Penampilan fesyen pemain-pemain Harimau Muda lebih banyak dikritik kerana ia dilihat tidak membantu peningkatan prestasi atas padang.

Namun, tidak semua pemain Harimau Muda beraksi dengan hambar apabila bintang baharu Selangor, Nooa Laine antara yang konsisten dalam mengawal bahagian tengah skuad kebangsaan sejak perlawanan pertama.

BACA LAGI: Pengaruh Kim Pan-gon, baka Samba antara 3 negara pemain import paling ramai musim depan

Perkara itu turut dipersetujui @Onefootball.my yang beranggapan bekas pemain kelahiran Finland itu mempunyai ketenangan luar biasa kerana pengalamannya beraksi di Eropah.

"Boleh kata pemain paling tenang dan boleh bermain dalam kejohanan kali ini adalah Nooa Laine.

"Pengalaman sebagai pemain utama di Liga Finland membolehkan beliau bermain sebagai seorang midfielder yang sebenar," ciapnya.

Malah, penyokong turut berpendapat hanya Nooa yang beraksi dengan cemerlang sepanjang kempen Piala Asia B23 kali ini.

"Beliau (Nooa Laine) ialah pemain yang paling konsisten dalam ketiga-tiga perlawanan," kata Meck 9.

"Kita memerlukan pemain warisan gred A daripada luar negara, mari kita hadapi realiti untuk perbaiki corak permainan skuad kebangsaan. Kita perlu ikut Indonesia 'revamp' FAM dengan individu yang lebih berkualiti," ujar Daikoyee.

"Ada segelintir pemain macam tak ada bakat tapi main Malaysia, mereka ingat bakat itu lari laju dengan shoot padu sahaja," jelas Zafri.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Lagi penting ilmu di kepala, berbanding warna rambut', Subramaniam tegur Harimau Muda

Sebelum ini, Selangor berjaya mendapatkan khidmat Nooa secara pinjaman daripada kelab Finland, SJK Seinajoki dan ini bakal memberikan kelebihan buat Gergasi Merah.

Menjadi persoalan adakah Nooa pilihan tepat Nidzam Jamil untuk mencabar kejuaraan Liga Super pada musim 2024/25 nanti.

Pasukan Liga Super akan memulakan kempen baharu Liga Malaysia dengan aksi pembuka tirai antara dua gergasi bola sepak tanah air iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC pada 10 Mei nanti.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram