Pemain TRW, pelabur mahu mulakan saman terhadap Zamsaham — Peguam


  • Podium
  • Rabu, 17 Apr 2024

Beberapa pemain Kelantan FC didakwa mahu membuat tuntutan bersama untuk menyaman Zamsaham. — Agensi

MASALAH gaji Kelantan FC nampaknya masih 'liat' untuk diselesaikan meskipun Liga Malaysia (Liga M) akan membuka tirainya tidak lama lagi.

Isu tunggakan gaji kelab berkenaan nampaknya masih berpanjangan dengan dilaporkan segelintir pemain pasukan itu nekad membawa kes tersebut ke mahkamah.

Sebelum ini, pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham lega apabila berjaya menyelesaikan tunggakan gaji secara beransur-ansur.

Meskipun sudah membuat keputusan tersebut namun terdapat beberapa pemain yang tidak berpuas hati dengan wang pendahuluan RM1,000 berkenaan.

Difahamkan, Zamsaham sebelum ini sudahpun memberikan wang pendahuluan sebanyak RM1,000 kepada setiap pemain.

Namun, segelintir pemain The Red Warriors (TRW) enggan menerima wang tersebut kerana mahu menuntut gaji penuh.

BACA LAGI: Mat Don kurang sengat, 3 pemain lokal cuba nasib pikat Nafuzi Zain

Peguam Akmal

Muhammad Akmal Arif Shamsul Kahar akui menerima panggilan daripada beberapa pemain Kelantan FC berkaitan isu gaji.

BACA LAGI: Peguam akui terima 'call' bekas pemain Kelantan sangkut gaji

Sebelum ini, Majoriti melaporkan bahawa seorang peguam Muhammad Akmal Arif Shamsul Kahar mengakui bahawa menerima panggilan daripada beberapa pemain, staf dan para pelabur pasukan tersebut.

"Tetapi apa yang saya boleh katakan bahawa terdapat tujuh pemain, empat orang staf dan yang selebihnya adalah pelabur.

"Mereka bertanyakan mengenai tindakan saman, isu perundangan dan sebagainya," katanya kepada Majoriti.

Meskipun enggan mengulas lanjut mengenai identiti kakitangan TRW itu, Akmal bagaimanapun berkongsikan mengenai isu-isu mahkamah antara pemilik Kelantan FC dengan pelabur itu sendiri.

Difahamkan, para pelabur berkenaan mahu membawa kes tersebut ke mahkamah.

"Sekarang ni, kesemua mereka merancang untuk mengadakan class section selain mahu mendapatkan nasihat dan juga sekarang dalam proses untuk membawa kes ini ke dalam mahkamah.

"Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang peguam dengan memberi nasihat perundangan dan membawa kes ini ke dalam mahkamah.

"Kebanyakan pelabur ketika ini mahu berganding bahu membuat tuntutan bersama dan bergabung untuk memulakan saman terhadap Zamsaham," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram