Dikritik lawan divisyen 3 Sepanyol, ramai tak tahu JDT mudah tewaskan bintang Real Madrid-Getafe


  • Podium
  • Khamis, 18 Apr 2024

JDT meraih kemenangan pertama di bumi Sepanyol dengan menewaskan Real Murcia 3-0 pada Rabu. — Facebook/JDT

JUARA 'double quadruple' Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan siri jelajah pramusim di Eropah dengan langkah kanan selepas menewaskan kelab Sepanyol, Real Murcia 3-0 di Murcia pada Rabu.

Perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nueva Condomina, Sepanyol itu menyaksikan Harimau Selatan tidak mempunyai masalah mendapatkan rentak permainan dan keserasian walaupun tampil dengan campuran pemain lama serta baharu.

Skuad kendalian Hector Bidoglio memberi kepercayaan kepada dua pemain baharu iaitu Jalil Elias dan Murilo Henrique untuk menjadi kesebelasan utama perlawanan berkenaan dan selebihnya dianggotai oleh pemain skuad utama seperti Arif Aiman Hanapi, Jordi Amat dan Hong Wan.

Harimau Selatan mempamerkan corak serangan pantas pada awal perlawanan apabila berjaya mendahului 2-0 hasil jaringan Jalil Elias pada minit ketiga dan Arif Aiman (m-14) dan gol terakhir disumbangkan oleh Francisco Geraldes.

Walaupun juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu melakar kemenangan bergaya, namun masih ada bunyi-bunyi kurang enak yang mempersoalkan pemilihan pasukan lawan itu kerana Real Murcia hanya bertanding pada divisyen ketiga Sepanyol.

BACA LAGI: Mat Don kurang sengat, 3 pemain lokal cuba nasib pikat Nafuzi Zain

WhatsApp Image 2024-04-18 at 14.42.48

Antara aksi Leon (kiri) ketika menentang JDT. — Facebook/JDT

BACA LAGI: Pemain TRW, pelabur mahu mulakan saman terhadap Zamsaham — Peguam

Bagi sesetengah penyokong tanah air, skuad Harimau Selatan sepatutnya memilih kelab dari divisyen kedua Sepanyol sebagai lawan aksi pemanas badan dengan pasukan dari kelompok itu akan menguji kekuatan sebenar JDT.

Meskipun sekadar berstatus divisyen tiga Sepanyol namun seorang pemain dari Real Murcia merupakan bekas bintang La Liga iaitu Pedro Leon yang berpengalaman bermain dengan Real Madrid dan Getafe pada musim 2009 hingga 2016.

Pemain berusia 27 tahun berkenaan menyertai Real Murcia pada Julai 2022 dengan pengalamannya bermain bersama dua kelab gergasi La Liga itu melayakkan Leon menyarung lilitan kapten untuk skuad Pimentoneros.

Reputasi Leon itu setidaknya menunjukkan Real Murcia bukan sekadar kelab belasahan dalam saingan divisyen ketiga Sepanyol dan persembahan Harimau Selatan wajar mendapat pujian kerana mampu menewaskan pemain seperti bekas bintang Real Madrid itu.

Untuk rekod, puncak karier pemain yang beraksi di posisi sayap kanan itu ketika musim 2009/2010 bersama Getafe apabila Leon mencetak sembilan gol dan 12 hantaran bantuan dalam 42 perlawanan dia diturunkan.

Selain Real Murcia, pasukan yang bakal menjadi medan ujian JDT bagi persiapan Liga Malaysia dan AFC Champions League Elite (ACLE) 2024/25 ialah CF La Nucia, UD Castellonense, CD Alcoyano, CD Eldense, Club Costa City dan CF Benidorm. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram