Fans hairan bin ajaib, KDN seolah-olah ‘copy paste’ Kelantan FC


  • Podium
  • Ahad, 21 Apr 2024

KDN FC sudah memperkenalkan skuad rasmi mereka sekali gus melancarkan jersi baharu pada Jumaat. — Facebook/KDN FC

SELEPAS terkuburnya TRW Kelantan FC dalam saingan liga tertinggi Malaysia musim depan, pihak pengurusan Kelantan United nampak peluang untuk menarik sokongan penyokong dengan menukar nama pasukan kepada Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada musim depan.

Ia secara tidak langsung berjaya membantu pihak pengurusan menarik sokongan penyokong The Red Warriors (TRW) ke skuad kijang emas.

Namun begitu persiapan pasukan KDN FC dilihat seperti meniru kertas kerja skuad kepunyaan Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham pada musim lalu.

Ia tidak hairan kerana bajet dimiliki KDN FC tidaklah sebesar pihak lawan yang mampu membawa masuk nama-nama besar bagi memperkuatkan pasukan.

Dengan ini Majoriti senaraikan tiga 'copy paste' yang dilakukan KDN FC sama seperti TRW Kelantan FC pada musim lalu:

BACA LAGI: 'Macam zaman Mat Don', Nafuzi Ball mula tuai hasil di bumi Darul Iman

b745e656-9d72-4e97-859c-8882664556cb

Jae-hong dilantik menjadi pengendali KDN FC musim depan. Facebook/KDN FC

1. Pelantikan ketua jurulatih yang tidak berpengalaman

KDN FC telah mengumumkan ketua jurulatih baharu berasal dari Korea Selatan, Park Jae-hong yang cukup dikenali sebagai pemain bola sepak dalam kalangan peminat negara kelahirannya.

Ini kerana, Jae-hong merupakan anggota tetap skuad nasional Korea Selatan semasa kariernya sebagai pemain bola sepak.

Namun begitu, jurulatih berusia 45 tahun itu tidak pernah melatih pasukan senior dan banyak melakukan kerja sebagai pencari bakat serta jurulatih akar umbi.

Perkara itu sama dilakukan TRW Kelantan pada musim lalu apabila melantik Choi Moon-sik yang tidak mempunyai pengalaman di pentas senior kerana banyak melatih skuad muda.

Tetapi rekod Moon-sik sebagai jurulatih lebih baik berbanding Jae-Hong kerana bekas jurulatih TRW itu pernah berada dalam sistem pasukan nasional Korea Selatan.

67f0871c-6403-4baf-bb42-c0cbb382ac50

Empat pemain Korea Selatan yang dibawa masuk KDN FC musim ini. Facebook/KDN FC

2. Pengambilan import tidak berkualiti

Musim ini, KDN FC mengambil pendekatan untuk mengisi kesemua kuota import yang dibenarkan MFL iaitu sebanyak sembilan pemain asing.

Lima import yang dibawa masuk KDN musim ini merupakan pemain berstatus bintang apabila ada di antara mereka pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Namun keputusan untuk menandatangani empat import Korea Selatan boleh menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong kerana ia dilihat satu pembaziran.

Musim lalu, TRW juga melakukan perkara yang sama apabila membawa masuk dua import muda Korea, Kim Ming Kyu dan Kang Eui Chan yang menunjukkan sebarang hasil positif buat pasukan.

Jadi adakah empat pemain import Korea Selatan ini mempunyai kualiti yang baik untuk membantu KDN FC dalam saingan liga?

BACA LAGI: [VIDEO] Musim berjimat Liga M, hanya 3 pasukan nikmati pramusim di negara orang

52ff15da-10bd-4a8c-8047-0d5b092de351

Skuad penuh KDN FC menjelang saingan Liga Super musim depan. Facebook/KDN FC

3. 'Squad depth' pelengkap jadual

Tidak boleh menyalahkan pihak pengurusan KDN FC jika mereka masih belum mampu untuk menarik bintang-bintang besar ke dalam pasukan ketika ini.

Namun melihat kepada skuad KDN FC, mereka tidak mempunyai pemain berpengalaman tinggi yang mampu membantu dalam memberikan saingan di Liga Super musim ini.

KDN FC musim ini membawa masuk bekas pemain TRW Kelantan yang dianiaya oleh majikan lama untuk memperkuatkan Kijang Emas musim ini.

Perancangan 'ukur baju di badan sendiri' pasti membantu Kelantan supaya tidak terpalit dengan isu gaji yang kini membelenggu TRW ketika ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram