Kedah aset penting Liga M — MFL


  • Podium
  • Isnin, 22 Apr 2024

Kedah kini bebas tunggakan gaji bagi musim 2023. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

KETUA Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam mengakui yang Kedah Darul Aman FC merupakan aset penting bagi Liga Malaysia.

Selepas berjaya menyelesaikan urusan gaji tertunggak pemain tertunggak untuk musim 2023, Stuart amat gembira melihat Kedah begitu komited untuk terus bersaing dalam Liga Super 2024/2025.

"Kedah aset penting buat Liga Malaysia. Kami mahukan melihat mereka untuk terus bersaing dalam Liga Super," kata Stuart menerusi Stadium Astro.

Sebelum ini, Kedah telah disahkan oleh First Instance Body (FIB) yang mereka telah bebas daripada isu tunggakan gaji pemain bagi musim 2023.

BACA LAGI: Demi maruah Malaysia, kita akan menang lawan Kuwait — Luqman Hakim

BACA LAGI: Kehadiran 3 legenda TRW di majlis seteru Pantai Timur timbulkan 1,001 persoalan

Namun begitu, dua lagi isu masih tergantung kerana kes melibatkan Lee Tuck dan Jonathan Balotelli kini telah berada di peringkat FIFA dan perlu melalui perbicaraan.

Dengan Kedah terus kekal dalam Liga Super, saingan utama tempatan akan menyaksikan 13 kelab bersaing bagi merebut kejuaraan musim ini.

Walaupun terus bersama di Liga Super, tetapi Kedah akan memulakan persaingan dengan pemotongan tiga mata serta perlu membayar denda RM50,000.

Mujur buat skuad Nafuzi Zain, setiap rekrut baharu mereka boleh didaftarkan serta dibenarkan beraksi untuk Sang Kenari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram