Selangor 'rasmi' wajah baharu Stadium MBPJ, anjur kejohanan pramusim lawan jaguh Asean


  • Podium
  • Isnin, 15 Apr 2024

Stadium MBPJ berwajah baharu bakal dirasmikan pada kejohanan pramusim Selangor April ini.

GERGASI bola sepak Lembah Klang, Selangor FC dijangka mengadakan kejohanan pramusim pada akhir April ini.

Selepas melakukan jelajah pramusim di Thailand, skuad kendalian Nidzam Jamil akan berdepan lawan daripada luar negara dalam kejohanan melibatkan kelab daripada rantau Asia.

Memetik laporan Stadium Astro, kejohanan mini itu bakal diadakan pada tarikh 26 dan 28 April kelak dan ia menjadikan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai lokasi.

Dengan pemilihan Stadium MBPJ sebagai lokasi untuk kejohanan tersebut, ia sekali gus menjadikan kejohanan mini tersebut sebagai pembuka tirai kepada penggunaan stadium tersebut untuk musim 2024/2025 yang telah berwajah baharu.

Ketika ini, Stadium MBPJ sedang dinaik taraf mengikut tahap piawaian Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memandangkan Selangor bakal mewakili Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

BACA LAGI: [VIDEO] Dari cat hingga kerusi baharu, tapi jenis rumput 'spoil' persediaan Selangor ke Piala AFC

Selangor's Taylor Francis George Regan  (right)  fight for the ball against Bangkok United's Thossawat Lim Wanasathian (left) and Kasidit Sieghart (2nd left) during their Asia Challenge 2020 in Shah Alam Stadium on Sunday. JANUARY 19, 2020. - MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

Edisi terdahulu Selangor Asia Challenge diadakan di Stadium Shah Alam. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/THE STAR

Dengan proses naik taraf yang hampir selesai, dijangka penyokong Selangor boleh menikmati pengalaman menonton bola sepak dengan lebih mantap apabila mereka menghadiri kejohanan mini tersebut.

Buat masa sekarang, sudah banyak teaser dikeluarkan mengenai perkembangan terkini Stadium MBPJ yang dilihat cukup baik berbanding sebelum ia dinaik taraf.

Kejohanan mini ini menyerupai pertandingan Selangor Asia Challenge yang pernah diadakan Gergasi Merah pada 2020 di Stadium Shah Alam.

Waktu itu, Selangor menjemput tiga wakil iaitu Bangkok United (Thailand), Persib Bandung (Indonesia) serta Hanoi FC (Vietnam).

BACA LAGI: ‘Macam galah’, ketinggian bek baharu Kedah jadi bualan kepak Kenari

EOpzi7RUcAAAT_0

Bangkok United merupakan juara Selangor Asia Challenge pada 2020. — Bangkok United

Pada edisi tersebut, Selangor yang dilatih mendiang B. Satianathan tewas pada perlawanan akhir kepada Bangkok hasil penentuan sepakan penalti.

Dalam masa terdekat, Selangor berkemungkinan akan mengumumkan siapakah tiga kelab yang menjadi jemputan untuk merebut trofi pramusim tersebut.

Sebagai persediaan bertemu kelab Asia di ACL2, mungkin salah satu daripada jemputan merupakan wakil daripada luar Asia Tenggara tidak seperti pada edisi 2020 yang mengumpulkan lawan dari rantau sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram