Aksi mungkin jadi singkat, pengurus Perak Bison risau sistem 15 mata rugikan peminat takraw


  • Podium
  • Isnin, 22 Apr 2024

Penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepada kelab sepak takraw tanah air. — Facebook/STL

PERSEKUTUAN Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) memutuskan untuk kembali menggunakan sistem 15 mata setiap set dengan menggantikan 21 mata sebelum ini.

Sistem pengiraan baharu tersebut berkuatkuasa pada 1 Februari 2024 bagi kesemua pertandingan domestik dan antarabangsa.

Selain itu, setiap regu juga kini memperoleh satu servis sahaja berbanding tiga secara bergilir sebelum ini bagi semua pertandingan di dalam dan luar negara.

Pastinya kelab-kelab sepak takraw tanah air memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan sistem tersebut yang digunakan kembali setelah sekian lama menggunakan sistem kiraan 21 mata.

BACA LAGI: Kedah FC tetap dipotong 3 mata kena denda RM50,000, belum lunaskan gaji Lee Tuck dan Jonathan Balotelli

Juara STL 2023, Perak

Perak Bison dinobatkan sebagai juara musim 2023 saingan STL di Stadium Titiwangsa. — Facebook/STL

BACA LAGI: Beraksi tanpa lencana di dada, fans bimbang bintang Melaka FC 'cabut lari'

Mengulas lanjut mengenai sistem mata baharu tersebut, pengurus Perak Bison, Syamsul Istar Ibrahim berpendapat bahawa perubahan itu memberi kesan kepada faktor kewangan.

"Kalau kejohanan yang kita join tu sekali saja game dalam satu hari, nampak sangat memberi kesan terutamanya dari segi kewangan," katanya kepada Majoriti.

Menurutnya, penyokong akan lebih bersemangat untuk memberikan sokongan sekiranya terdapat dua atau tiga perlawanan diadakan dalam sehari.

"Tapi kalau jenis kejohanan yang besar then game dalam satu hari tu ada dua atau tiga kali perlawanan, adalah nampak kesan positif untuk peminat.

"Tapi kalau kejohanan besar seperti Liga Sepak Takraw (STL) then guna sistem 15 mata tersebut nampak pula game cepat habis dan memberi kesan kepada komisen sebab kita collect (keuntungan jualan)tiket daripada peminat.

"Contohnya, apabila peminat sudah membeli tiket dengan harga RM15 then datang tengok game tapi 10 minit saja dah habis, mesti dorang tak puas nak tengok kan?" kongsinya.

Pengurus Perak Bison itu juga berpendapat bahawa sistem 15 mata tersebut mempunyai kekurangan yang mana memberi kesan kepada tempoh permainan yang menjadi lebih singkat.

"Macam tak sempat pun rasa vibe perlawanan tu tiba-tiba game dah habis, tak berbaloilah," katanya.

Sebelum ini, Syamsul menyarankan agar pihak penganjur menambah jumlah set susulan perubahan kiraan mata kepada sistem 15.

"Pada saya, sekiranya di masa hadapan ada cadangan penambahbaikan yang boleh membantu merancakkan game kalau boleh pihak yang berkenaan untuk lebih terbuka untuk menerima cadangan.

"Kalau nak pendekkan masa game mungkin boleh tambah dari segi bilangan set daripada best 3 to best 5.

"Saya terima juga sistem 15 atau 21 mata cumanya kena tengok impak kepada pasukan apabila menyertai kejohanan besar seperti Liga Sepak Takraw (STL).

"Pandangan saya, kalau sistem 15 mata itu nampaklah game cepat sangat habis, kalau menang tu okaylah, kalau kalah macam tak sempat buat apa dah kalah, macam tu lah," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram