PERSEKUTUAN Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) mewajibkan pelaksanaan sistem kiraan 15 mata bagi semua pertandingan domestik dan antarabangsa bermula 1 Februari 2024.
Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, badan induk antarabangsa berkenaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan garis panduan baharu tersebut.
Bukan itu sahaja, setiap regu juga kini memperoleh satu servis sahaja berbanding tiga sebelum ini bagi semua pertandingan di dalam dan luar negara.
Mengulas lanjut mengenai sistem mata baharu itu, pengurus Perak Bison, Syamsul Istar Ibrahim berpendapat semua pasukan perlu bersedia menghadapi perubahan.
"Pendapat saya sistem mata macam mana pun game tetap akan rancak cumanya kita kena biasakan diri dengan sistem mata yang baharu dan juga cara servis yang baharu.
"So, dari segi kerancakan itu tak jauh beza dengan sebelum ini.
"Kalau sebelum ini sistem 21 mata pemain awal-awal mungkin boleh relax, boleh try and error tapi untuk sistem 15 mata yang dah dikurangkan, saya boleh katakan yang pemain perlu all out daripada kiraan 0-0 lagi.
"Selain itu, kena minimumkan kesilapan sebab mata yang singkat mudah memberi mata kepada pihak," katanya kepada Majoriti.
BACA LAGI: Berjaya pikat hati Kim Swee, Haris Stamboulidis sah import terakhir Sabah FC
Barisan pihak pengurusan dan pemain Perak Bison bagi musim 2023. — Facebook/PerakBison
BACA LAGI: Pengendali Harimau Muda ada ramuan baharu atasi Vietnam
Ditanya mengenai penerimaan pemain Perak Bison itu sendiri terhadap sistem baharu tersebut, Syamsul Istar berkongsikan sedikit persiapan pasukannya itu.
"Bagi pasukan Perak Bison, Februari lalu kami ada join kejohanan dan sudah mulai biasakan dengan sistem 15 mata itu.
"Selain itu, ketika ini kami juga tengah study untuk menggunakan taktikal yang sesuai sistem mata baharu.
"Pada awal penerimaan pemain agak kekok juga sebab dah terbiasa dengan servis tiga kali, tapi sekarang servis dikurangkan jadi satu kali saja," jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, sudah pasti amat sukar untuk menyesuaikan diri pada peringkat awal namun barisan pemain Perak Bison dilihat sudah bersedia untuk membiasakan diri dengan sistem tersebut.
"Masing-masing pressure tapi pada masa yang sama pemain akan cuba untuk tidak melakukan kesilapan yang mudah, lebih berhat-hati dalam mendapatkan mata.
"Pada saya, sekiranya di masa hadapan ada cadangan penambahbaikan yang boleh membantu merancakkan game kalau boleh pihak yang berkenaan untuk lebih terbuka untuk menerima cadangan.
"Kalau nak pendekkan masa game mungkin boleh tambah dari segi bilangan set daripada best 3 to best 5.
"Saya terima juga sistem 15 atau 21 mata cumanya kena tengok impak kepada pasukan apabila menyertai kejohanan besar seperti Liga Sepak Takraw (STL).
"Pandangan saya, kalau sistem 15 mata itu nampaklah game cepat sangat habis, kalau menang tu okaylah, kalau kalah macam tak sempat buat apa dah kalah, macam tu lah," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram